Azmin Ali cuba raih simpati Tun M

Azmin Ali cuba raih simpati Tun M

Video penuh ini dirakam semasa Tun selesai mengerjakan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra.

Seperti biasa usai solat, beliau berjalan keluar. Ramailah jemaah yang berada di sekeliling.

Entah bagaimana Azmin juga berada di masjid yang sama. Dari tepi beliau bergegas untuk menyapa Tun dan meletakkan tangan di dada sebagai tanda salam.

Memang tujuannya satu. Ada gambar yang boleh diambil dan diletakkan dalam media sosial untuk membawa persepsi seolah-olah beliau berada bersama Tun di masjid itu.

Turut serta adalah bekas calon PPBM yang tewas di Ketereh pada PRU lepas, Radzi Jidin. Undinya hanya 6799 berbanding 25 467 untuk Annuar Musa.

Apa yang menarik, sepanjang perjalanan Tun menuju ke keretanya, Tun tidak melayan Azmin seperti mana yang diharapkan.

Mungkin Azmin berharap beliau dapat memberhentikan Tun seketika untuk bersembang sekejap dan para wartawan mengambil gambar. Lagi cantik kalau dapat memeluk sesaat dua. Bolehlah dia melabun lebih sikit dalam twitter atau facebooknya.

Malangnya tak berlaku. Tun tidak melayan. Tun biarkan dia begitu. Sama ada Tun memang malas nak layan, atau dapat menjangkakan Azmin akan ambil kesempatan kalau layan. Itu Tun sahaja yang tahu.

Yang kita perlu tahu adalah inilah perangai Azmin. Perangai seorang poitikus cari makan. Di mana-mana pun dia akan berfikir untuk dapatkan keuntungan politik.

Walaupun khianat dan mengenepikan janji semasa dalam PH, semasa bersama Tun, dia boleh buat selamba badak macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Kita juga mungkin ingat, semasa Tun angkat sumpah sebagai PM di Istana Negara, dia kunjungi Anwar untuk nyatakan seolah-olah bersama Anwar. Kemudian dia tikam untuk lepaskan diri dan konco-konconya dapatkan kedudukan.

Perangai ini perangai Azmin. Perangai seorang yang akan gunakan apa sahaja kesempatan untuk kepentingan diri.

Semoga kita dijauhkan. Semoga negara ini diselamatkan dari dipimpin orang sebegini.

Amiin..

Dr Razam Ramli.

Sumber :