Azmin pembohong besar, dia yang bercita-cita jadi PM – JKP Pejuang

Azmin pembohong besar, dia yang bercita-cita jadi PM – JKP Pejuang

Saya berada Di hotel Sheraton dan dimaklumkan bahawa SD yang dikumpul tanpa pengetahuan Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz.

Mereka akan tubuhkan kerajaan baru bernama Perikatan Nasional.

Dua calon Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tun Mahathir tolak kerana untuk dia jadi PM Perikatan Nasional ia akan disokong oleh en-bloc UMNO.

Jika dia ketepikan prinsip dan maruahnya Tun Mahathir sudah jadi PM8 sehingga Hari ini.

Dangkal dan tak masuk akal Azmin kata idea tubuh PN untuk Tun Mahathir jadi PM,

Yang bercita2 besar untuk jadi PM adalah Azmin.

Ini terbukti apabila Krisis MB Selangor 2014 dia sendiri menghantar namanya sebagai calon MB Selangor melalui pintu belakang.

Sekali lagi terbukti dia juga menghantar namanya sebagai MB Selangor sejurus PH disitihar menang di Selangor tanpa berunding dengan komponen PH Negeri.

Sekali lagi melalu pintu belakang Azmin minta Tun Mahathir lantik dia sebagai Timbalan Perdana Menteri PH.

Tun Mahathir tolak kerana Jawatan Timbalan Perdana Menteri telah dijanjikan kepada Wan Azizah.

Azmin ini ahli politik yang penuh dengan nafsu serakah untuk berkuasa.

Didalam kerajaan PN sekarang sudah tentu jawatan Timbalan Presiden akan diberikan kepada Zahid Hamidi.

Kenyataan Azmin hari ini berniat jahat untuk berusaha untuk menghalang Muhyiddin melantik Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan keadaan kesihatan Muhyiddin sekarang sudah tentu cita citanya untuk jadi PM akan tercapai.

Salleh Amiruddin
JKP Pejuang.

Sumber :