Azmin tak perlu sibuk hal PH, pulangkan dulu mandat rakyat

Azmin tak perlu sibuk hal PH, pulangkan dulu mandat rakyat

Sudahlah Azmin ,pulangkan mandat rakyat.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu mencampuri urusan dalaman Pakatan Harapan.

Sebaliknya beliau perlu fikirkan berapa hari lagi beliau akan bertahan sebagai wakil rakyat sementara rakyat sedang menunggu untuk menolak beliau kerana mengkhianati mandat dikawasannya.

Azmin seharusnya mengosongkan kerusi Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa seterusnya memulangkan kerusi ini kepada rakyat.

Kelihatan parti-parti politik termasuk Umno menyedari yang Azmin telah mengkhianati mandat rakyat.

Justeru itu saya yakin semua parti politik tidak akan membuka pintu sewenang-wenangnya buat Azmin dan kumpulannya kerana mereka juga berisiko untuk dikhianati oleh Azmin dan sekutunya.

Sementara Pakatan Harapan pula sedang memuktamadkan calon perdana menteri dengan cara musyawarah dan konsensus.

Tentunya keputusan kali ini lebih mudah untuk dicapai kerana kumpulan yang tamak dan berkhianat telah pon keluar dari Pakatan Harapan.

Sekian.

SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan

Sumber :