Individu yang mempunyai kulit sensitif sememangnya memerlukan penjagaan kebersihan diri yang sangat teliti,
Termasuklah dalam mencuci pakaian kotor. Jika mesin basuh yang digunakan sudah lama dan tidak pernah diservis,
ia boleh memberi kesan kepada kesihatan, kerana pakaian yang dipakai mungkin tidak sepenuhnya bersih.
Oleh itu, jika anda mempunyai kesempatan, apa kata luangkan masa untuk mencucinya sendiri dengan mengikuti langkah-langkah
Membersihkan komponen ‘drum’ dalam mesin basuh yang dikongsikan oleh saudara Ku Muhammad Zaimm di bawah ini. Mari kita bersihkan bersama!
Baca juga: Ini Tips Menggerudi Dinding Tanpa Mengeluarkan Banyak Habuk, Sangat Mudah!
MESIN BASUH BERSIH, PAKAIAN BERGANDA BERSIH!
Cara-cara untuk menyervis Drum Mesin Basuh. Sambil-sambil itu, servis semua bahagian sekali.
Kenapa perlu servis?
Drum yang kotor ini mungkin bersih dari luar, tetapi dalamnya berlumut.
Untuk mengelakkan gatal pada kulit yang sensitif.
Supaya mesin tahan lebih lama.
LANGKAH-LANGKAH MENCUCI KOMPONEN ‘DRUM’ DALAM MESIN BASUH:
1. BUKA SKRU PADA KIPAS
Menurut Encik Zaimm di ruangan komen gambar, jika skru dalam keadaan ketat kerana mesin sudah lama, gunakan WD40 dan pastikan bunganya tidak rosak. Jika ia rosak, skru tidak dapat dibuka.
2. ALIHKAN PENUTUP ATAS PADA MESIN BASUH
Drum akan tersekat jika penutup mesin basuh di atas tidak dibuka.
3. KELUARKAN NUT DRUM
Keluarkan nut skru pada drum menggunakan sepana saiz 10. Longgarkan ke kiri dan kanan agar lebih mudah dikeluarkan.
4. KELUARKAN DRUM
Berhati-hati ketika mengeluarkan drum.
5. MULAKAN MENCUCI SETIAP KOTORAN YANG ADA PADA DRUM
6. CUCI BAHAGIAN TEMPAT SALURAN MASUK AIR
BACA: “Katanya pergi solat”, pekerja gerai kerja tak sampai 2 jam terus berhenti tanpa notis