Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas disoal siasat, SKMM sita telefon admin FB Haji Razman Zakaria

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil keterangan Ketua Pembangkang Perak,

Razman Zakaria, semalam berhubung satu hantaran di akaun Facebook ‘Haji Razman Zakaria’ yang didakwa mengandungi maklumat palsu dan berunsur jelik.

Hari ini, MCMC juga telah memanggil pentadbir akaun tersebut serta menyita kelengkapan komunikasinya, iaitu sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim.

“(Hantaran FB yang disiasat) menyentuh beberapa isu sensitif berunsur perkauman, termasuk isu kibaran bendera negara asing

semasa perarakan sambutan ‘Malaysia Guang Ze Zun Wang Cultural Festival 2024’ baru-baru ini,” menurut kenyataan MCMC.

Bagai jatuh ditimpa tangga, lepas disoal siasat, SKMM sita telefon admin FB Haji Razman Zakaria

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang melarang penghasilan dan penyebaran komen atau komunikasi yang berunsur mengancam, lucah, atau sumbang dengan niat untuk mengganggu atau menyakitkan hati orang lain.

Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjarakan sehingga setahun atau kedua-duanya.

Razman turut memberikan keterangan kepada pihak polis semalam. Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris, memaklumkan bahawa Razman, yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, bersama ADUN Selinsing Sallehuddin Abdullah dan tiga individu lain dari parti sama, dirakam percakapan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak sekitar 10 pagi semalam untuk membantu siasatan berhubung satu perhimpunan di Dataran Menara Condong Teluk Intan pada Sabtu lalu.

Kontroversi ini tercetus selepas insiden pengibaran bendera China ketika perayaan kebudayaan Guan Gong di Teluk Intan, Perak, yang mencetuskan bantahan dari PAS yang menggesa siasatan dilakukan. Persatuan Kebudayaan Guan Gong, penganjur festival tersebut, telah memohon maaf dan menjelaskan bahawa individu yang mengibarkan bendera itu adalah warga China. Pihak penganjur juga menyatakan bahawa Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak turut dikibarkan dalam majlis berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan majlis itu, Razman menghadiri perhimpunan di tempat yang sama pada keesokan harinya dan mengkritik kerajaan kerana didakwa gagal mempertahankan kedaulatan negara.

Razman turut menyeru kepada individu yang memiliki “mata, kulit, dan darah yang sama” untuk bersatu.

“Kita mohon kepada semua yang matanya macam ni (sambil tunjuk mata), kulit dia macam ni (tunjuk kulit), darah dia macam kita semua, kita kena bersatu, inilah wadahnya yang kita bawa,” kata Razman.

BACA: Live!! Live!! Sidang media keputusan Najib Razak