Berbunga hati rasa. Memang wujud lelaki lelaki gentleman baik yang bekerja kuat. Selain confessor, salah seorangnya suami ku.
Jangan risau ya sahabat sahabat ku yang masih bujang. Masa kalian, dengan orang yang tepat akan tiba.
Sebelum berkahwin, memang terlalu banyak ujian. Sering jugak aku menangis, tetapi bukan kerana K. Tetapi kerana susahnya nak menghalalkan hubungan kami.
Kami berdua, belajar tinggi juga tapi berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Manakala K bukan dari keluarga yang senang.
Sebelum aku bertunang dengan K dulu, aku sudah pernah bertunang. Dan ketika itu, ayah aku tetapkan hantaran RM10K. Entahla, tak ada jodoh.
Bila dengan K, aku risau sangat jika ayahku akan kembali menetapkan nilai hantaran begitu. Namun hati aku lega sangat, ketika bertunang dengan K ayahku awal awal lagi menyerahkan pada pihak lelaki berkenaan hantaran.
Kenapa aku risau? Kerana aku tahu, ketika itu dalam simpanan K tidak pernah sampai seribu pun.
Bayangkan, gaji 800, 300 diberi pada ibu ayah, kadang 200 diberi pada adik beradik.
Begitulah K yang tidak pernah berkira dengan keluarga. Aku memang cukup jatuh hati dengan perangai yang itu. Tapi tetap aku risau dengan persiapan kahwin kami. Walaupun begitu, aku tidak pernah mendesak K, aku tahu dia sedang cuba yang terbaik.
Selepas 3 bulan kami bertunang, K mendapat tawaran bekerja di tempat yang lebih baik. Alhamdulillahhhh aku bersyukur sangat. Kerana mengikut persetujuan, lagi 3 bulan kami akan berkahwin. Sepanjang bertunang, K beberapa kali bertanya berapa hantaran yang aku mahu.
Selalu aku minta dia tetapkan. Tapi tetap juga dia mahu aku sebutkan harga supaya senang untuk dia usahakan. 700 jawapanku. Kalau rasa ada rezeki lebih, cukupkan seribu. Supaya ibu ayahku tidak terkejut.
Berkali dia tanya sepanjang pertunangan, jawapanku sama. Bila aku bagitahu pada ibuku, memang ibuku marah. Kata ibu, nanti aku jatuhkan maruah suamiku.
Tapi aku tetap dengan keputusan. Bukan kerana aku rendahkan kemampuan dia, tetapi aku tahu tanggungjawab dia terhadap aku selepas kahwin nanti memerlukan kewangan yang banyak.
Aku tak mahu dia banyak berhabis untuk aku semata untuk kahwin. Aku tidak pernah sebut tentang hantaran pada sesiapa lagi selepas itu.
Hari perkahwinan kami tiba. Penuh sempurna. Namun aku sangat terkejut, pada saat akad nikah, mas kahwin yang terlafaz dari mulut dia bahkan bukan RM700, tapi RM10K.
Lagi diberi seutas gelang emas yang entah berapa ribu nilainya. Aku memang terharu. Terlalu terharu. Cerita ini, tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa bahkan pada keluarga aku. K terus memberitahuku, semua hantaran itu adalah kejutan dan hadiah untuk aku. Dan katanya, aku mahal dari segalanya.
Alhamdulillah. Rupanya, memang semua itu adalah dari duit simpanan yang dia mulakan sejak bertunang dulu. Yang aku rasa agak mustahil, tapi Allah izinkan berlaku.
Aku rasa, beberapa contoh dari suamiku yang boleh kita ikut. 1. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Lagi lagi ibubapa. Memberilah walau tiada. Mungkin berkat dari situ Allah limpah kurnia rezeki yang lebih banyak.
2. K memang suka hulur duit pada kanak kanak. Walau sedikit. Walau itu saja duit yang ada dalam poket, tetap dihulur. 3. Membantu kawan yang susah.
Kadang, dia sendiri tiada apa, sanggup dikosongkan poket untuk kawan kerana risaukan kawan. Yang ini, sampai kami brbalah juga sedikit.
Kerana pada aku, kawannya tu sampai mengambil kesempatan. Sihat tubuh badan, tapi malas bekerja. Padahal K sampai kurus tak makan demi mencari rezeki. Setiap bulan, mesti meminta dari dia. Aku tak marah, tapi aku minta dia bagi peluang pada kawan dia untuk berdikari.
4. Bonus, untuk aku. Hehe. K tidak main game, tiada media social. Ahh, idola sangat. Moga satu hari nanti aku juga mampu melepaskan media social dan hidup sepenuhnya dengan dunia sebenar.
Sekarang, tidaklah kami kaya. Tapi sangat cukup, dan lapangnya di hati. Doakan kami ya.