‘Bala’ lato-lato dah sampai ke Malaysia, dahi budak semua dah bonjol

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

‘Bala’ lato-lato dah sampai ke Malaysia, dahi budak semua dah bonjol. Permainan ‘clackers’ atau ‘lato-lato’ yang pernah menjadi kegilaan sejak akhir tahun 60-an kini dikhabarkan telah kembali menjadi popular.

Walaupun pernah diharamkan penjualannya di Amerika Syarikat dan Kanada kerana dianggap merbahaya kepada kanak-kanak, ianya dilaporkan telah diberi nafas baharu di Indonesia pada akhir 2022.

Menyedihkan kerana ketika ini masih ramai lagi kanak-kanak dilaporkan telah mendapat kecederaan ketika bermain lato-lato di negara jiran tersebut seperti yang tular dikongsikan di media sosial.

Lebih menyedihkan, menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebooknya, permainan lato-lato ini juga khabarnya telah berjaya memasuki Malaysia malah sudah ada kes kecederaan dilaporkan berlaku di sini.

'Bala' lato-lato dah sampai ke Malaysia, dahi budak semua dah bonjol

Semoga dengan perkongsian yang dibuat oleh beliau berikut, lebih ramai ibu bapa sedar dan lebih berhati-hati dengan penularan ‘penyakit’ lato-lato yang merbahaya ini.

 

Kebelakangan ni selalu nampak video permainan yang dipanggil lato-lato ni. Awalnya nampak video kebanyakan dari Indonesia. Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu?

Sebab minggu ni dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato. Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato.

Lato-lato ni ada dua (ladung) pemberat, dan diikat dengan tali. Cara bermainnya melibatkan pemain menghayung kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain, di bawah dan di atas tangan. Lagi laju ia dihayun, dianggap lagi hebat.

Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung tak bertembung sesama sendiri, lalu terkena anggota tubuh. Ada lato-lato yang ladungnya tu agak berat, jadi jika kena muka agak berbahaya. Terutamanya jika melibatkan mata, gigi atau hidung.

Tidak salah untuk main lato-lato. Ia boleh meningkatkan koordinasi tangan. Cuma, perlulah berhati-hati semasa bermain. Ibu bapa perlu pastikan anak bermain cara yang selamat. Jika boleh pesan agar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

Sepertimana yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan. Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak bila bermain.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

BACA:

“Dah mandi sebab nak pergi kedai RM2 dengan papa, ibu tanya mana papa, dia jawab papa kat kubur..terus dia nangis..”

Puluhan ribu cikgu buat protes tuntut kerajaan naikkan gaji