Bandingkan 3 perbezaan kes Musa Aman dan LGE

Bandingkan 3 perbezaan kes Musa Aman dan LGE

LGE boleh didakwa balik atas kesalahan yang sama jika ada bukti baru yang muncul. LGE hanya dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA). Musa Aman pulak bebas sepenuhnya. Kalau ada bukti baru yang muncul pun, dia tak boleh di dakwa dan dituduh dibawah tuduhan yang sama. Konsep “double jeopardy” terpakai dalam kes Musa Aman.

Pertuduhan terhadap LGE hanya digugurkan selepas seorg saksi utama (key witness) di ‘cross examined’ oleh dpp dan dpp rumuskan bukti yg saksi tu bawa sangat solid dan pertuduhan pun digugurkan untuk menjimatkan masa mahkamah. Musa aman punya kes pulak belum pun bermula tapi semua 46 tuduhan di gugurkan. Dpp punya alasan untuk gugurkan kes ni hanyalah sebab arahan dari pihak atasan. Lol

Jumlah yang terlibat dalam kes LGE adalah sekitar 1.47 juta dan melibatkan duit peribadi LGE yang digunakan dalam proses pembelian banglo. Musa Aman punya kes pulak dianggarkan sekitar RM 403 juta yang melibatkan berjuta duit rakyat disalahgunakan dan rasuah-rasuah konsensi balak negeri sabah.

Sumber :