“Bangladis pon tak makan”, juadah berbuka tak sedap, AJK masjid terima ‘complaint’ dari warga asing

Oleh ISMAIL YAHYA

“Bangladis pon tak makan”, juadah berbuka tak sedap, AJK masjid terima ‘complaint’ dari warga asing.

Kebiasaannya pengurusan masjid akan bertanggungjawab terhadap segala urusan atau aduan tentang masjid tersebut

Tambahan lagi, pada bulan puasa ini banyak masjid-masjid yang menyediakan majlis berbuka puasa untuk umum.

"Bangladis pon tak makan", juadah berbuka tak sedap, AJK masjid terima 'complaint' dari warga asing

Ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Namun, baru-baru ini tular sebuah posting di Facebook memaparkan seorang individu berkongsi ‘surat layang’ yang diterima oleh AJK masjid kerana makanan iftar yang disediakan telah mencuri tumpuan ramai.

Kena maki sebab lauk yang disediakan tidak sedap

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi surat yang diterima oleh pihak pengurusan sebuah masjid.

Image from Facebook

Dapat dilihat ia memaparkan empat keping kertas yang ditulis kata cacian. Difahamkan, ia berpunca apabila makanan berbuka yang disediakan oleh pihak masjid tidak enak dan tidak puas hati dengan lauk yang disediakan.

“Makanan semuanya letak tomato puri, tomato sos, kanji, terung, bendi, kubis rebus. Lepas tu letak kari”

Image from Facebook

“Orang tua tak boleh kunyah, keras ayam, campur tomato puri, daging letak tomato puri, tomato sos, semuanya merah sos. Ada kanji,” tulisnya.

Malah, penulis surat itu menggelarkan individu yang menyediakan makanan berkenaan sebagai ‘anj*ng’ dan menyamakan juadah yang dihidangkan seperti menu dalam penjara.

“Tidak kira siapa yang menulis , tapi ambil peduli apa yang dia nak sampaikan” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka masing-masing.

BACA:

“Pakcik aku seorang guru, aku hairan dia paksa anak dia nikah dengan lelaki tua, akhirnya terbongkar rahsia dia”

“Aku pelik makcik ni sakit kronik datang hospital sendiri, bila aku tolong call anak dia, respon anak dia mengejutkan aku!”