Sebuah banglo mewah yang terletak di Bukit Gasing, di sini, yang sebelum ini dibiarkan terbiar dan sepi tanpa pembeli, akhirnya telah terjual.
Sebelum ini, banglo terbiar itu sering dikaitkan dengan cerita mengenai wujudnya makhluk halus,
Terutamanya disebabkan oleh kisah-kisah mengenai pemilik asal rumah yang dikaitkan dengan kes pembunuhan dan ritual mistik.
Rumah tersebut dipercayai dimiliki oleh seorang individu bernama Raymond Goh, atau dikenali sebagai Shihan Goh, yang kini berusia 61 tahun. Beliau telah menggadai rumah tersebut kepada bank pada 15 Mac 2013.
Dalam kediaman tersebut, banyak tanda salib ditemui kerana Shihan Goh adalah seorang pakar dalam seni mempertahankan diri Jiu-jitsu.
Beliau juga pernah menerbitkan sebuah buku agama Kristian bertajuk ‘The Aquarian Bible Awakening Thru Cosmic Link Omnipotentology’ pada tahun 2002.
Melalui satu penulisan di Facebook oleh Muhammad Ishaq, rumah banglo terbiar itu telah berjaya dijual dalam satu acara lelongan dengan harga RM4.4 juta.