Bangunan kedua tertinggi dunia, ini 8 benda seram disebalik pembinaan Menara Merdeka 118

Oleh ISMAIL YAHYA

Di Malaysia, terdapat banyak mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara seperti Menara KLCC, Jambatan Pulau Pinang, dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Sebagai tambahan terkini, rakyat Malaysia sekali lagi berbangga apabila Menara Merdeka 118

Setelah sepenuhnya siap dan kini menjadi salah satu mercu tanda utama negara.

Bangunan kedua tertinggi dunia, ini 8 benda seram disebalik pembinaan Menara Merdeka 118

Menara ini baru-baru ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada 10 Januari yang lalu, mencatat detik bersejarah bagi negara.

Oleh itu, dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi fakta-fakta menarik mengenai Menara Merdeka 118 ini.

1. Dibina untuk memperingati sejarah

Sudah tentu, setiap mercu tanda ni bukan dibina sembarangan tetapi ia bertujuan menjadi simbolik peristiwa bersejarah yang pernah berlaku dalam negara.

Seperti namanya, menara ini dibina bagi memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia yang dicapai sejak 66 tahun lepas. Pada masa yang sama, ia turut menjadi tanda peringatan buat pejuang kemerdekaan terdahulu yang berkorban nyawa demi negara.

Selain tu, lokasinya yang unik amat membanggakan seluruh rakyat di mana ia dibina atas bekas tapak Taman Merdeka dan terletak bersebelahan dua warisan negara iaitu Stadium Negara dan Stadium Merdeka.

2. Mempunyai 118 tingkat

Bagi sesiapa yang tertanya apa maksud ‘118’ tu, ia sebenarnya merujuk kepada jumlah tingkat dalam menara tersebut.

Di samping tu, bangunan yang mula dibina pada 2014 ni dilengkapi dengan sistem lif terpantas di dunia di mana ia hanya mengambil masa 65 saat je untuk naik dari tingkat 1 sampai 118! Malah, ketika waktu kecemasan, korang masih boleh guna lif untuk selamatkan diri. Wow!

Menariknya, lif tersebut turut diperbuat daripada kaca dan keluli di mana orang ramai boleh nikmati pemandangan Kuala Lumpur semasa turun dan naik dalam Merdeka 118 ni.

Artikel berkaitan: Pakar Hartanah Bimbang Banyak Pejabat Kosong Di KL, Menyamai 10 Menara Merdeka 118

3. Bangunan kedua tertinggi di dunia

Siapa je yang tak bangga bila nama Malaysia terlakar di pentas dunia! Ini kerana Menara Merdeka 118 memegang gelaran sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia tau!

Dengan berketinggian 679 meter, ia mengambil kedudukan Menara Shanghai (632 m) yang sebelum ni berada di belakang pencakar langit tertinggi, Burj Khalifa yang terletak di Dubai.

Tak cukup dengan tu, ia turut peroleh julukan bangunan paling tinggi di Asia Tenggara. Sebelum ni, Menara Berkembar Petronas yang memegang gelaran bangunan kedua tertinggi di Malaysia kini telah jatuh ke tempat yang ke-21 dalam dunia.

4. Akses mudah kepada pengangkutan awam

Kalau korang nak pergi melawat sini memang mudah sebab ia terdapat banyak pengangkutan awam yang korang boleh guna seperti MRT.

Selain tu, bangunan yang juga dikenali sebagai Menara Warisan Merdeka ni turut mempunyai kemudahan kereta api yang berdekatan iaitu di laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT1) dan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2).

Jangan risau, kalau itu pun korang tak mampu naik, korang masih lagi boleh menggunakan alternatif lain seperti LRT Ampang Line, KL Monorail Line dan KLIA Express.

5. Direka oleh arkitek terkenal

Untuk pengetahuan korang, Menara Merdeka 118 ni bukanlah direka oleh arkitek tempatan namun, ianya mengambil khidmat daripada sebuah firma arkitek dari Australia iaitu Fender Katsalidis yang terkenal dengan pembinaan Menara Eureka yang menjadi bangunan tertinggi di negara itu.

Walaupun begitu, rekaan dorang cukup melambangkan identiti negara di mana tapak asas menara tersebut dibuat dalam bentuk diamond yang dipercayai berasal daripada motif Songket Melayu. Manakala itu, segi tiga pelbagai saiz yang berada di permukaannya turut menjadi lambang kepelbagaian budaya di Malaysia.

6. Diinspirasikan dari imej Tunku Abdul Rahman

Kalau korang perasan, ada satu tiang tinggi yang terpacak di puncak menara ini. Sebenarnya, itu telah diinspirasikan dari imej ikonik Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali pada tanggal 31 Ogos 1957.

Lebih tepat lagi, tiang tersebut seakan-akan menyerupai tangan kanan beliau yang dinaikkan semasa laungan tersebut berlangsung di Stadium Merdeka dulu.

7. Mempunyai pelbagai fasiliti yang disediakan

Pantang orang Malaysia bila ada je pusat beli-belah yang baru dibuka, mesti ramai orang yang pergi serbu. Mungkin disebabkan tu, Menara Merdeka 118 ni juga menyediakan pusat tersebut buat pengunjung yang diberi nama, 118 Mall.

Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai fasiliti lain seperti hotel, ruang kediaman, pusat jagaan kanak-kanak dan masjid. Kalau nak bersantai, korang juga boleh pergi ke taman terbuka ‘Merdeka Boulevard at 118’ yang mempunyai keluasan sebanyak 1.62 hektar.

8. Pernah terpalit kontroversi

Walaupun menjadi kebanggaan Malaysia sekarang namun, ianya pernah dikritik keras oleh rakyat pada masa dulu. Sebabnya, kos pembinaan menara sebanyak RM5 bilion ni dianggap sebagai satu pembaziran yang sepatutnya boleh digunakan untuk sebab-sebab penting yang lain.

Walaupun begitu, kenyataan tersebut telah dibidas oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan mengatakan yang projek menara itu membawa lebih banyak faedah kepada negara.

BACA: ‘Tersembam’ di Mahkamah Selayang? Sanusi mohon pindah kes ke Mahkamah Shah Alam pula