Bangunan tertinggi di dunia bukan lagi Burj Khalifa ini sebabnya

Oleh ISMAIL YAHYA

Kini bangunan pencakar langit dikenali sebagai Menara Jeddah atau digelar Kingdom Tower

Dia mempunyai ketinggian 1,000 meter menjadi bangunan tertinggi di dunia selepas Burj khalifa apabila siap kelak.

Sebuah projek pencakar langit di Arab Saudi yang masih dalam pembinaan dijangka lebih tinggi daripada Burj Khalifa, sebaik sahaja ia siap dibina kelak.

Bangunan tertinggi di dunia bukan lagi Burj Khalifa ini sebabnya

Kos pembinaan Menara Jeddah dijangka menelan perbelanjaan sekitar AS$1.23 bilion (RM5.71 bilion).

Menara itu akan menjadi tumpuan utama projek Jeddah Economic City sebelum ini dikenali sebagai Kingdom City, tapak hartanah komersial dan kediaman dianggarkan bernilai AS$20 bilion (RM92.9 bilion).

Bangunan Syarikat Ekonomi Jeddah itu akan mempunyai hotel, pejabat, pangsapuri servis dan kondominium mewah.

Menara Jeddah, Bakal Menara Tertinggi Dunia Setinggi 1km | Iluminasi

Malah, bangunan itu dikatakan bakal menempatkan `balai cerap tertinggi di dunia’ walaupun buat masa ini balai cerap astronomi paling tinggi adalah di Universiti Tokyo Atacama Observatory yang terletak pada ketinggian 5,640 meter.

Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai menempatkan sebuah hotel, kediaman mewah, pejabat, dek pemerhatian, restoran dan kemudahan kesihatan.

Dilaporkan, projek pencakar langit itu menyambung semula pembinaan pada tahun lalu selepas tertangguh lama.

Justeru, setakat ini, tiada garis masa tetap diumumkan untuk pembinaan itu siap.

Baca juga:“Dalam bilik, suami merayu jangan tinggalkan dia, dia janji takkan buat dah lepas ni, rupanya ini dia buat belakang aku sampai sanggup sembah kaki aku”