Bantuan Skim Rebat Motosikal elektrik RM2,400 yang masih ramai tak tahu

Oleh NADIA HARON

Bermula pada awal Disember tahun lalu, kerajaan Malaysia telah pun memulakan langkah dalam menjadikan Malaysia negara yang berteknologi tinggi

dengan pengenalan satu skim baharu yang mana penggalakan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik.

Skim galakan untuk rakyat Malaysia menggunakan motorsikal berkuasa elektrik telah diperkenalkan dengan memberi rebat tunai sehingga RM2,400 kepada mereka yang layak.

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) ialah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik oleh Institut

Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat beralih kepada kenderaan berasaskan elektrik.

Bantuan Skim Rebat Motosikal elektrik RM2,400 yang masih ramai tak tahu

Skim rebat ini ditawarkan melalui dua (2) kaedah pemberian iaitu :

Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik ; ATAU
Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan motosikal elektrik.

Untuk menjadi layak menerima bantuan ini anda hendaklah memenuhi kriteria berikut :

Mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM120,000 ke bawah
Warganegara Malaysia berumur 18 dan ke atas
Memiliki lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di laman web https://insentif.marii.my/user/register dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.my untuk pendaftaran ID Pengguna.

Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.

Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak dihantar ke tab utama e-mel.

Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.

Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.

Langkah 6: Bayaran perkhidmatan** dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.

Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan.

Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.my dalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan.

*Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

Salinan kad pengenalan;
Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:

Bagi yang bekerja

Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi yang bekerja sendiri

Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi pesara

Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Bagi pelajar

Kad Pelajar; dan
Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2)

Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan untuk menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan.

Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan.

Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.

Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada [email protected]

Berikut merupakan nama-nama syarikat yang menawarkan motorsikal elektrik untuk bantuan skim rebat RM2,400 ini :

1. SUPERLUX AUTO SDN. BHD

2. ECLIMO SDN BHD

3. SUNLIGHT POWER SDN BHD

4. LEGATUS SDN BHD

5. EP BLUESHARK SDN BHD

6. OYIKA GREEN TECHNOLOGIES SDN. BHD

7. M ELECTRIC VEHICLE SDN BHD

8. TREE MOVEMENT MALAYSIA SDN BHD

9. NI HSIN EV TECH SDN BHD

BACA: “Aku buntu, laki ni suami orang, dia tak tahu aku isteri orang, dia nak jadikan aku yang kedua tapi suami aku makin baik dan aku sayang dua-dua”