Banyak duit yang kerajaan keluarkan kali ni

Aku tak tahu, betul atau tidak tindakan bagi-bagi duit ni dari sudut ekonomi. Tapi dari sudut sosial, ianya memberikan kesan yang sangat baik terhadap rakyat.

Namun, inilah hukum duit. Duit yang keluar, akan habis. Bila habis, perlu diisi.

Suatu hari nanti, selepas keadaan terkawal, kerajaan akan bersungguh-sungguh isi semula duit yang habis. Waktu tu, cukai, barang, minyak, akan naik harga, malah akan berlaku kenaikan yang tidak masuk akal.

Bersedia lah.

Itulah bittersweet yang perlu kita perlu hadapi pada masa akan datang.

Namun, buat masa ini, ia memang betul-betul membantu rakyat. Satu pelan drastik yang betul-betul memberi kemudahan kepada rakyat hari ini untok menghadapi wabak celaka ini.

Tahniah, kerajaan.

Kepada rakyat, bersedia lah.

Kita puji hari ini, nanti apabila esok barang naik harga, cukai-cukai baru diperkenalkan, tak usah kita mencaci. Itulah harga kegembiraan hari ini yang kita perlu bayar.

sumber :