Bapa cerai isteri demi mengahwini zuriatnya kerana suka sama suka, JPN pulak tak lulus bin atau binti akhirnya ke Mahkamah Syariah

Oleh NADIA HARON

Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung terutama pada anak perempuan.

Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.

Baru-baru ini, seorang peguam syariah Fatihah Azzahra berkongsikan kisah benar dimana seorang bapa berusia 40an

Bapa cerai isteri demi mengahwini zuriatnya kerana suka sama suka, JPN pulak tak lulus bin atau binti akhirnya ke Mahkamah Syariah

Terlanjur sehingga menghamilkan anak sendiri berusia 20an dan dikatakan berbuat demikian kerana suka sama suka.

Lebih mengejutkan, apabila diketahui oleh isteri yang juga ibu kandung kepada anak tersebut, dia sanggup berkorban agar diceraikan supaya suami dan anaknya dapat berkahwin.

‘Pengorbanan’ si ibu adalah untuk bayi yang dikandung anaknya supaya dapat berbin atau berbintikan dengan bapanya yang juga bekas suaminya. Anak beranak itu akhirnya berkahwin menggunakan khidmat sindiket perkahwinan oleh warga asing.

Bapa kandung terlanjur hingga mengandungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada Peguam.

(Bapa dan Ibu berusia 40an,anak perempuan berusia 20an).

Ibu kandung kata takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah. Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Namun apabila melibatkan urusan pendaftaran kelahiran anak, Jabatan Pendaftaran Malaysia tidak meluluskan untuk berbin atau berbintikan kepada bapanya kerana perlu rujuk di mahkamah untuk tentukan nasab bayi berkenaan.

Peguam itu turut berkongsikan, apa yang menyedihkan apabila si anak mempersoal mengapa anak tidak boleh guna nama suaminya (bapa kandung) sedangkan mereka sudah berkahwin.

Dunia makin membimbangkan.

Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan,Pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa? Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi : 46)

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Sumbang mahram.

Masyarakat kita makin tenat.

Peguam Syarie : Wali Azri & Associates

Baca jugaGuru taska paksa anak murid makan muntah undang kecaman pengguna media sosial