“Bapa guna nama aku dan adik beradik buat loan sampai kami kena blacklist”, Ini kisah ayah kerja offshore cerai ibu demi janda

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

“Bapa guna nama aku dan adik beradik buat loan sampai kami kena blacklist”, Ini kisah ayah kerja offshore cerai ibu demi janda

SEORANG bapa semestinya menjadi pelindung kepada anak-anak.

Namun situasi berbeza dialami seorang pelayar Facebook ini apabila dia bukan sahaja ditinggalkan bapa kandung

"Bapa guna nama aku dan adik beradik buat loan sampai kami kena blacklist", Ini kisah ayah kerja offshore cerai ibu demi janda

malah mendakwa telah dizalimi sehingga terpaksa menanggung beban hutang berjumlah ratusan ribu ringgit.

Bukan itu sahaja, dia dan adik beradik yang lain sering diherdik dengan kata-kata tidak sepatutnya.

Meluahkan perasaan di media sosial, wanita ini menceritakan situasi yang dialami dan meminta bantuan peguam kebajikan untuk membantunya.

Kerja offshore membuatkan pasangan berkahwin kurang mempunyai masa bersama. -Gambar hiasan The Star

Kerja offshore membuatkan pasangan berkahwin kurang mempunyai masa bersama. -Gambar hiasan The Star

Memulakan cerita, dia berkata bapanya sebelum ini bekerja di sebuah syarikat cari gali terkemuka di luar negara dan jarang pulang ke rumah.

“Kadang-kadang, kalau balik Malaysia dia akan terus ke rumah mak dia tanpa menjenguk kami tiga beradik yang kesemuanya perempuan.

“Semasa 2006, ayah balik dan minta izin mak untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak lelaki sebab dia mahukan anak lelaki,” luahnya.

Ujar pelayar Facebook itu, permintaan tersebut dituruti dengan syarat ibunya diceraikan.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing terhadap luahannya.

Bagaimanapun, selepas melangsungkan perkahwinan, bapanya semakin jarang memberi nafkah sehingga ibunya mengalami kemurungan.

“Selang beberapa tahun, ayah berhenti kerja dan buka syarikat oil and gas… sejak itu, kehidupan dia dan keluarga baharu teramatlah mewah.

“Beberapa tahun kemudian, ayah kahwin lagi dengan perempuan lain dan menyebabkan dia dan keluarga baharu bergaduh besar. Tapi kehidupan mereka berdua tetap mewah juga,” ujarnya.

Namun tanpa diduga, bapanya tiba-tiba jatuh bankrap sehingga semua harta disita dan ditarik oleh bank.

Ayah awak mempergunakan awak adik-beradik. Tak mustahil satu hari nama awak tenggelam dalam hutang dan diisytiharkan bankrap.
WARGA MAYA
Bapanya kemudian membuka syarikat baharu dengan menggunakan namanya dan adik-beradik lain sambil menjanjikan pulangan perkongsian.

Bagaimanapun, sejak perniagaan dijalankan, kakak dan adiknya tidak pernah mendapat pendapatan seperti yang dijanjikan.

Paling menyedihkan apabila pinjaman kenderaan dan ‘telco’ yang dibuat atas nama mereka tidak dibayar sehingga menyebabkan nama mereka disenarai hitam.

Malah perkara ini hanya diketahui ketika kakaknya cuba membuat pinjaman kenderaan baharu tetapi tidak berjaya disebabkan tunggakan hutang yang dibuat si bapa.

Semakan rekod kewangan diperlukan sebelum membuat pinjaman kenderaan. -Gambar hiasan The Star

Semakan rekod kewangan diperlukan sebelum membuat pinjaman kenderaan. -Gambar hiasan The Star

“Mak kemudian hubungi ayah dan marah… disebabkan itu kesemua kereta diberikan kepada kami,” luahnya sambil menyatakan bapanya adalah seorang yang sukar dibawa berbincang.

Mana tidaknya, setiap kali mereka mengadu masalah, bapanya akan memberi respons yang menyakitkan hati.

“Teringat masa sekolah dahulu, saya dan kakak masuk ICU (unit rawatan rapi) tapi ayah hubungi untuk bercakap (dengan kata-kata) ‘ingat dah mati’.

“Paling tidak boleh dilupakan adalah ketika kami mengadu tentang gangguan seksual yang dialami semasa bersama pakcik… ayah hanya cakap rasa dia sedaplah?

Warga maya memberikan pandangan masing-masing terhadap luahannya.

Warga maya memberikan pandangan masing-masing terhadap luahannya.

“Sebab itulah kami tak berani nak bercakap, bimbang terasa hati dengan kata-katanya,” luah wanita itu lagi.

Tambahnya, sebelum bapanya jatuh bankrap, hak pemilikan tanah sempat ditukarkan kepada namanya dan diberi amaran supaya tidak jual.

Namun, wanita ini dan adik beradiknya yang berusia 21 hingga 25 tahun berhasrat untuk menjual tanah berkenaan bagi membiayai hutang pinjaman yang telah dibuat atas nama mereka.

“Pinjaman tersebut bermula dari RM595 sehingga RM1,700 (sebulan)… nama kami juga telah disenarai hitam.

“Lagipun kalau nak tanggung, memang tak mampu kerana kami semua bekerja biasa-biasa sahaja,” luahnya lagi.

Perkongsiannya di halaman Facebook Peguam Kebajikan itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakan pihak memberi pandangan bersetuju supaya tanah berkenaan dijual bagi melangsaikan hutang.

“Upah peguam apabila jual nanti, langsaikan semua hutang sebab bimbang apabila dah bankrap… akan sukar jual tanah tu nanti.

“Anak kena harassment pun boleh diam… kau jual tanah tu, tanah tukar nama kau pun bukan dia ikhlas nak bagi kat anak, takut bankrap saja.

“Ayah awak mempergunakan awak adik-beradik. Tak mustahil satu hari nama awak tenggelam dalam hutang dan diisytiharkan bankrap… nasihat saya, apa yang dah ditukarkan kepada nama awak, ambil,” ujar beberapa warga maya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat menjadi iktibar kepada semua pihak terutama mereka bergelar bapa agar tidak mengabaikan amanah masing-masing.

BACA: Walau dipenjarakan, majlis perkahwinan tetap berjalan, ini kisah wanita setia kahwini kekasih dalam penjara