Bapa hadiahkan anak berlian RM57 juta, siap bagi nama

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Seorang bapa membelanjakan RM57 juta untuk membeli berlian seberat 88 karat sebagai hadiah untuk anak perempuannya.

Menurut Daily Mail, lelaki warga Jepun tersebut memperoleh berlian tersebut

semasa lelongan dan promosi jualan permata serta batu permata di bandar raya tersebut.

Dia juga memberi nama berlian tersebut sempena anak perempuan sulungnya, Manami Star.

Berlian yang jarang ditemui itu dikenali sebagai ‘Type IIa’ dan dianggap bernilai tinggi di dunia kerana tidak mengandungi atom nitrogen.

Bapa hadiahkan anak berlian RM57 juta, siap bagi nama

Berlian ‘Type IIa’ antara dua permata yang menghiasi mahkota Ratu United Kingdom yang disimpan di Menara London. Berlian tersebut dianggap tiada kecacatan dan merupakan antara tiga berlian berbentuk bujur dengan berat melebihi 50 karat yang dilelong semasa jualan tersebut.

CEO Le Vian, syarikat pembekal berlian, Eddie LeVian, menyatakan bahawa berlian seberat 88.22 karat yang dilelong oleh Sotheby merupakan salah satu yang terbesar dan berlian berbentuk bujur paling sempurna yang pernah dijual.

Baca juga: CEO GISB dan isteri fail ‘habeas corpus’ minta dibebaskan segera, ini maksud ‘habeas corpus’