Bapa Kieda Crepe meninggal dunia
Pempengaruh media sosial, Kieda Crepe berkongsi khabar duka apabila bapanya meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam pada Selasa.
Menerusi hantaran di TikTok, Kieda menyatakan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga terdekat.
Kieda hilang lelaki pertama yang cinta dan sayangkan Kieda. Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu.
Menurut Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, kehilangan ini adalah dugaan besar yang berlaku dalam kehidupannya.
Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (Julai), ujian ini paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan dengan kehilangan orang tua Kieda.
Dalam pada itu, pengusaha makanan terkenal ini memohon orang ramai agar mendoakan semoga arwah bapanya ditempatkan di kalangan orang beriman.
@kiedacrepe♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu
Kieda minta doa agar orang tua Kieda dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama.
Reda tu memang kena reda. Tapi antara reda dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang.