Bapa mertua shuib sebak imbau kenangan latih Siti Sarah, dulu latih anak kini latih cucu menyanyi

Oleh NADIA HARON

Video yang tular di Instagram baru-baru ini memaparkan Talita, anak perempuan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, sedang menyanyikan lagu “Kekasih Bayangan” oleh Cakra Khan.

Dalam video berdurasi satu minit 34 saat itu, Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta,

Dilihat menyanyikan lagu tersebut sambil berbaring di bawah bimbingan datuknya, Raisudin Hamzah.

Menurut kapsyen yang dikongsi, Shuib menceritakan perasaan sebak datuknya apabila mendengar suara Dekta menyanyi,

mengimbau kenangan lama ketika datuknya mengajar ibu Dekta, Siti Sarah, menyanyi.

Bapa mertua shuib sebak imbau kenangan latih Siti Sarah, dulu latik anak kini latih cucu menyanyi

Shuib turut menyatakan sokongan penuh kepada Dekta dalam mengejar bakat nyanyiannya, yang diakui tidak mudah, terutama apabila pertama kali menyanyi sambil baring seperti itu.

Walaupun baru berusia 11 tahun, suara Talita yang merdu dan luar biasa itu telah menarik perhatian ramai.

Di ruangan komen, netizen memuji bakat nyanyian anak gadis tersebut, dengan ramai yang mengatakan suara Talita mengingatkan mereka kepada arwah ibunya, Siti Sarah.

Shuib dan Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat orang anak. S

iti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Selain Talita, pasangan itu juga memiliki anak-anak lain iaitu Uwais Alqarni, 13, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, yang berusia 3 tahun. Pada 23 Jun 2023, Shuib mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan Watie Hanafiah.

BACA: Budak 6 tahun maut tersepit meja lipat