‘Bapak merdu gila weh!’ Alunan suara Alif Satar ketika baca Al-Quran bikin netizen kagum.
Penyanyi dan pelakon Alif Satar mendapat pujian daripada peminatnya selepas memuat naik video sedang membaca surah Al- Fatihah.
Video pendek dimuat naik di akaun Instagram (IG)nya yang merakamkan Alif begitu asyik membaca Al-Fatihah turut diserta dengan coretan ringkas.
“Whenever I feel down, scared,nervous… This keeps me calm. Kena ingat yang segala aturan Dia adalah yang terbaik untuk kita… Insya-Allah. Salam Jumaat semua,” tulisnya.
Menerusi perkongsian tersebut, ruangan komen Alif rata-rata dihujani dengan coretan peminatnya amat mengagumi kemahiran dan kemerduan suara penyanyi berkenaan.
Terdahulu, Alif dan isteri mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca, 2.
View this post on Instagram
Dalam perkembangan terbaru, isteri Alif Satar kini sedang hamil anak ketiga.
BACA:
Gajah pun nak pandai terjah rumah orang, nak ‘beraya’ kot? Undang reaksi netizen