‘Baru 4 tahun kahwin aku dah sampai limit, aku tak panas baran bila dengan parents atau adik-adik, cuma suami je punca’

Oleh ISMAIL YAHYA

Nama aku Cahaya (nama samaran). Aku dah berkahwin alhamdulilah 4 tahun dan baru ada rezeki dapat anak.

Suami aku ok, baik orangnya, lemah lembut dan sedikit lurus tetapi pandai akademik.

Sedikit pengenalan tentang hubungan aku dengan suami. Kami berkenalan melalui sistem taaruf jemaah

walaupun kami sebenarnya dah saling menyukai sewaktu belajar bersama.

Tapi disebabkan suami seorang ahli jemaah sebuah kumpulan, dia nak lalui proses yang sama.

'Baru 4 tahun kahwin aku dah sampai limit, aku tak panas baran bila dengan parents atau adik-adik, cuma suami je punca'

Bertaaruf dengan adanya pihak ketiga sebagai orang tengah (baca: pihak ketiga adalah orang yang berpengalaman menguruskan bait muslim). Oleh sebab faktor ini, aku sebenarnya kenal suami aku di ‘surface’ sahaja.

Kami tak sempat berdating.

Aku jatuh cinta dengan suami pun disebabkan dia pandai. Kami kawen pun sewaktu aku dengan dia baru habis belajar, dia juga baru dapat kerja waktu tu. Nak jadikan cerita, aku rasa suami selalu tiada di sisi. Awal – awal perkahwinan aku ok je.

Tetapi aku rasa suami aku bukan seorang yang reti buat kerja rumah sedangkan mengikut gambaran aku, suami adalah yang reti manage kehidupan disebabkan dia bijak, aktif berpersatuan dan nampak berdikari sewaktu belajar.

Awal – awal kahwin, suami aku dah tinggalkan aku dengan rumah kosong (rumah tiada langsir dan lain lain.) dengan alasan sibuk kerja (waktu weekdays aku faham) dan berprogram persatuan di hujung minggu. Aku agak terk3jut dengan budaya macam ni.

Tapi alhamdulilah adanya adik aku menemani aku melengkapi perabut rumah.. dari ke kedai perabut, sampailah pasang perabut sampailah pasang langsir dan lain – lain. Suami? Dari pagi berprogram sehingga lewat petang.

Balik rumah makan dan tidur. Hari biasa, kerja keluar sebelum 7 am disebabkan jalan jem dan sampai rumah 8.30 pm. Honeymoon? Tiada… Aku faham dan bertoleransi aje sebab kewangan waktu tu belum stabil. Tapi aku perasan disebabkan memori ‘core’ bagi aku di awal perkahwinan tu dia tiada di sisi membuatkan sikap panas baran aku muncul.

Awal – awal aku sering merajuk, suami pula lurus, tak pandai memujuk. Jadinya aku pujuk hati sendiri dan selalu abaikan rasa aku nak dipujuk dan dimanjakan. M4kin hari aku perasan, suami ambil sikap sambil lewa terhadap diri aku, rasanya aku ni orang gaji kut sebab aku belum dapat kerja dan tak buat apa – apa di rumah.

Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik tetapi aku m4kin hari m4kin berterus – terang sehingga mencarut m4ki hamun suami aku sendiri. Selepas itu aku memang akan menangis.. Suami aku tiada common sense, tiada rasa nampak sampah penuh, harus dibuang. Tiada rasa nak cuci pinggan sendiri.

Tiada rasa nak membantu kerja di rumah kecuali jika aku membebel. Sampaikan aku rasa aku pernah marah, bebel dan carut dia di depan anak. Aku sedih dan terkilan dengan per4ngai sendiri. Aku tak tahu nak ubah diri sendiri macam mana kerana suami aku memang tak reti nak manage kehidupan.

Walaupun dah 4 tahun berkahwin, aku asyik kena ingatkan suami untuk buang sampah, untuk tolong basuh baju. Suami tak rasa nak pegang penyapu walaupun aku bagi hint rumah kotor sewaktu aku berpantang. Lepas aku m4ki, baru suami bergerak untuk buat kerja..

Benda ni sangat tak sihat bagi aku sebab aku rasa diri aku ni kena Iaknat je. Cuma aku bersyukur suami aku jenis tak meIawan, dia marah tetapi tak m4ki aku balik. Mak mertua aku single mom, mungkin dari kecil suami tak dibiasakan dengan kerja rumah yang menyebabkan semuanya disediakan oleh ibunya.

Aku geleng kepala setiap kali balik kampung suami kerana semuanya diuruskan ibu suami. Bayangkan baru 4 tahun berkahwin tetapi aku dah beyond limit. Aku tak macam ni (panas baran) bila aku dengan parents, adik – beradik dan kawan – kawan. Dengan suami sahaja.

Adakah sebenarnya aku ni ada masalah mental? Atau kerana aku tr4uma tengok ayah aku dulu pun selalu tinggalkan mak aku buat kerja rumah sendiri, malamnya keluar melepak dengan kawan dan aku tak nak benda sama terjadi dalam perkahwinan aku?

Aku cuma tak nak jadi macam mak aku, memendam dan at the end, mak aku dah tua sekarang baru dia meluah menangis kerana ayah aku tak pernah membantu dia dalam urusan rumah tangga. Dear readers, bantulah aku.

Aku tak pasti apa harus aku lakukan. Aku nak jadi isteri solehah, isteri yang faham suami aku pun ada kekurangan, tetapi aku masih gagal. Setelah m4ki, aku akan menangis dan minta maaf. Tetapi aku takut rumah tangga aku tidak dapat diselamatkan nanti (risau suami rasa dia tak berguna dan ada orang lain yang nampak kelebihan dan hargai dia).

Aku pernah aje berbincang dengan suami, kenapa aku asyik m4ki dan bebel (str3ss). Suami berubah tetapi untuk satu hari (boleh bantu buat kerja rumah tanpa disuruh) dan asyik ulang nyatakan dia buat ini, dia buat itu dan aku asyik cakap terima kasih.

Tetapi selepas itu back to normal, dan benda ni berlaku dah 4 tahun. Penatnya emosi aku, hanya tuhan yang tahu. Ke sebab aku perfectionist? Entah, rasanya tak.. Sekadar nak rumah sedap memandang. Maaf ayat aku terabur.

Aku just buntu macam mana nak elakkan diri dari m4ki suami aku. Aku kesian dekat dia tetapi dia tak tunjukkan kesungguhan untuk bersama dengan aku dalam perkahwinan ni. Aku sekali sekala rindu nak jadi happy. Bila aku dengan dia, kadang – kadang aku persoalkan kenapa takdir aku berkahwin dengan orang macam ni.

Aku rasa berd0sa sangat – sangat. Bantu aku wahai pembaca budiman, macam mana aku nak jadi lebih penyabar dan terima hakik4t bahawa suami aku juga punya kekurangan – dan salah satunya tidak tahu nak uruskan hal rumah. Terima kasih, – Cahaya (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

NurAz Wan : Bila sudah ada anak, berhentilah dari mimpikan rumah yang sempurna, kemas bersih 24 jam. Lebih – lebih kalau anak tengah melasak. Buat bila ada ruang dan peluang. Begitu juga dengan kerja – kerja lain. Yang tak dapat dielak memasak misalnya, buat bila saja ada kesempatan, walaupun seawal 10am untuk masak hidangan tengahari.

Awal perkahwin, saya juga pernah str3ss sebab kerja – kerja rumah dan jaga anak sangat membebankan, tambah pula usia baru 20 tahun dan saya tak begitu biasa buat kerja – kerja rumah tapi akhirnya saya dapat sesuaikan kerja dengan masa dan kesempatan yang memberi banyak perbezaan.

Wan Norlihar : Suami bukan taraf seperti anak – anak kita yang boleh diarah – arah, dibentak – bentak dan dim4ki – m4ki. Suami dalam rumah tetap di atas dan harus dihorm4ti. Senangnya isteri nak dapat d0sa dari sini, hanya kerana suami tak perfect dalam membantu kerja rumah tangga.

Ada confessions sebelum ini, dah dapat suami yang sangat perfect urus rumah tangga isterinya tak puas hati jugak sebab suami tidak bekerja sementara menunggu kerja baru. Dik4ta suami tidak bayar nafkah dan meIanggar fitrah pulak sebab jadi sura rumah.

Yang ni kes suami tak buat kerja rumah kenapa tak cakap Ianggar fitrah pulak? Dah sememang lelaki dilahirkan bukan fitrah seperti wanita cekap dalam kerja – kerja halus seperti itu. Begitu juga wanita tidak perfect kalau buat kerja lelaki.

Kalau ada kekurangan suami itu terima sahajaIah. Itu untung suami jenis lembut dan tidak pemarah. Lagi pun dalam kes di atas si isteri tidak bekerja

, kenapa terlalu berkira sangat dalam tugas rumah tangga. Kalau kita lakukan kerja rumah tangga ingatlah semuanya diberikan ganjaran pahala. Hati – hatilah kita supaya tidak jadi isteri yang durh4ka atas sifat kita yang tidak dapat mengawal emosi.

BACA: