Baru je cerai dengan Elly Suriati, Azri Iskandar umum kahwin dengan doktor. Pelakon Azri Iskandar mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Menurutnya, bakal isternya seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.
Menurut Azri, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.
“Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu. Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya seperti dipetik Malaysiakini hari ini.
Katanya, Azra, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.
Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah bercerai pada 17 Mei lalu.
Menurut Azri yang juga pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.
“Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.
“Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” tuturnya
BACA:
Akademi Tentera paling berprestij di US terima masuk 4 remaja Malaysia
Bekas isteri Hafiz Hamidun luah perasaan..
Psy buat trend ‘kamu gatal gatal’, ini reaksi Janna Nick