Setiap pekerja pasti pernah berdepan situasi di mana mereka merasa ragu untuk pulang walaupun waktu kerja sudah tamat.
Kebimbangan ini biasanya berkait dengan reaksi dan persepsi majikan apabila
ada pekerja meninggalkan pejabat tepat pada masanya, terutamanya apabila bos atau penyelia masih berada di pejabat.
Seorang pekerja yang baru sehari memulakan tugas di syarikat baharu berkongsi pengalamannya mengenai isu ini di media sosial.
Salah ke balik tepat pukul 6 petang? Di syarikat baharu saya, ramai yang buat OT (kerja lebih masa),
tapi jawatan saya tak layak untuk OT. Kalau nak stayback pun, itu secara sukarela.
“Bila tengok jam pukul 6, tak ramai yang berganjak dari kerusi. Bos pula sedang berbual di depan pintu keluar. Saya yang baru masuk ni rasa serba salah nak bangun,”** jelasnya.
Berada dalam tempoh percubaan, dia bimbang tindakannya pulang tepat waktu akan menimbulkan tanggapan negatif.
“Saya lengahkan masa sekitar 10 minit sebelum bangun dan balik, walaupun bos masih berbual di pintu keluar. Risau nanti orang anggap saya tak profesional kerana balik awal,” tambahnya.
Isu ini mendapat perhatian ramai warganet, yang rata-rata memberikan sokongan dan nasihat agar individu tersebut yakin dengan tindakannya.
“Tak salah. Kalau kerja dah siap dan tiada OT, balik saja ikut waktu. Gaji awak dibayar untuk waktu kerja tertentu, bukan untuk duduk lama di pejabat,” komen seorang pengguna media sosial.
“Senyum saja. Beranikan diri untuk pulang tepat pada masanya, terutama bila tugasan semua selesai,” tambah seorang lagi.
Menurut warganet, pekerja harus mengutamakan kesihatan mental dan fizikal dengan memanfaatkan masa selepas kerja, selagi mereka telah menjalankan tanggungjawab dengan baik
BACA: Peniaga hampir putus asa dengan perniagaan, lain pula jadi bila Zizan masuk campur