Kumis atau misai merupakan bulu yang tumbuh di antara bibir atas serta hidung dan sering dikaitkan dengan satu lambang kejantanan buat para lelaki.
Walau bagaimanapun, bulu ini juga boleh tumbuh di atas bibir manis segelintir wanita
sehingga menyebabkan ada di mereka merasa amat tertekan malah kurang keyakinan diri.
Oleh yang demikian, berikut kami kongsikan tiga petua orang lama berdasarkan perkongsian
pengguna dikenali sebagai Sis Beautysecret untuk menghilangkan bulu ini secara semula jadi
“Pasti ada antara kita yang perempuan ini tumbuh misai kan? Yang misai halus itu boleh tahan lagi.
Tetapi ada juga wanita yang bermisai lebat sampai orang perasan dan tegur. Aduh! Malunya. Nak CUKUR boleh tak? TIDAK!
“Kalau cukur, bulu akan bertambah panjang dan semakin teruk atas bibir kamu semua. Tetapi ada beberapa PETUA yang anda boleh amalkan agar bulu-bulu halus pada muka ini hilang dengan sendirinya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
1. Susu dan kunyit
Campurkan satu sudu serbuk kunyit bersama satu sudu susu sehingga menjadi bancuhan pekat. Lalu sapukannya kepada bahagian atas bibir.
Selepas itu, biarkan bancuhan itu kering. Kemudian baru dibilas sehingga bersih. Lakukan dengan kerap sehingga bulu hilang.
2. Putih Telur
Masukkan satu sudu serbuk kunyit dalam telur putih yang sudah dipukul. Sapu di bahagian misai dan biarkan antara 45 hingga 60 minit.
Setelah cukup masa, tanggalkan lapisan pupur tersebut. Ulang langkah tersebut sekurang-kurangnya empat kali seminggu agar menjadi.
3. Tepung Jagung
Campurkan 10 mililiter (ml) jus lemon, 150 ml air dengan 30 gram tepung jagung. Bancuhan ini akan menjadi satu larutan yang likat.
Sapukan pada bahagian muka dan biarkan sampai kering dalam 15 minit. Tarik lapisan pupur itu sebelum dibilaskan dengan air bersih.
Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca.
Baca juga: