Kebanyakan bateri dalam gajet masa kini menggunakan teknologi lithium ion atau lithium polymer.
Bateri lithium ion mempunyai katod karbon dan elektrolit cecair, manakala bateri lithium polymer
mempunyai katod polymer dan elektrolit pepejal. Jadi, mengapa iPhone anda berhenti berfungsi dalam suhu sejuk?
iPhone menggunakan bateri lithium ion. Pada suhu sejuk, elektrolit cecair dalam bateri tersebut boleh membeku,
menyebabkan telefon pintar anda menunjukkan bacaan 0%. Ini kerana elektrolit tidak dapat bergerak dengan baik.
Kebanyakan telefon pintar mid-range dan low-end juga menggunakan bateri lithium-ion, jadi mereka mengalami masalah yang sama.
Namun, ini tidak bermakna telefon pintar anda rosak. Ia hanya menunjukkan bahawa tiada cas yang mengalir pada suhu tersebut. Setelah suhu kembali ke suhu bilik, telefon pintar anda akan berfungsi seperti biasa.
Anda juga harus berhati-hati. Jangan cas telefon pintar apabila elektrolit bateri tidak boleh bergerak. Kemasukan cas ke dalam elektrolit cecair yang beku boleh menyebabkan bateri membengkak dan retak.
Jika bateri retak, kenapa tidak boleh bercair dan bersatu semula?
Jawapannya adalah kerana cecair yang telah terbakar. Cecair tersebut mungkin hangus dan menyebabkan masalah dalam konsistensi cas. Pernahkah anda mengalami bateri telefon pintar yang secara tiba-tiba turun dari 80% ke 20%, dan kemudian naik semula ke 60%? Itulah keadaannya.
Bateri lithium-ion polymer (LiPo) yang biasa digunakan dalam gajet adalah hampir sama dengan lithium ion, hanya dengan pemisah dan elektrolit pepejal. Lithium-polymer sebenar adalah lebih baik dalam suhu sejuk, tetapi mempunyai masalah konsistensi dalam suhu bilik. Kelebihan utama LiPo adalah ketahanan terhadap suhu berbanding lithium-ion kerana elektrolit pepejal.
Selain itu, reka bentuk, bentuk, dan pengudaraan gajet anda juga memainkan peranan. Namun, gajet-gajet terkini, terutama telefon pintar dengan teknologi pengecasan cepat 2.0 ke atas, biasanya menggunakan bateri LiPo.
Kenapa tidak semua menggunakan LiPo?
Bateri lithium-ion mempunyai kelebihan dari segi ketahanan dan kadar pelepasan yang rendah. Elektrolit cecair juga boleh menampung lebih banyak cas.
Sebaliknya, LiPo memerlukan elektrolit pepejal, menyebabkan kapasiti cas kurang, tetapi ia lebih tahan terhadap suhu rendah. Namun, elektrolit pepejal masih boleh membeku pada -20°C, dan bateri LiPo biasanya dibuat dengan saiz yang lebih kecil, tetapi kos pembuatan lebih tinggi.
Jika anda seorang pengembara tegar ke negara dengan suhu subzero, pastikan anda memeriksa bateri gajet anda. Gunakan casing penebat haba seperti lateks dan silikon untuk perlindungan tambahan.
Casing lapisan berganda adalah lebih baik kerana ia dapat memerangkap lapisan udara antara lapisan tersebut.
BACA: Rakam video tak senonoh ketika kendali peluru nuklear, kapten kapal selam dipecat