Tahukah anda bahawa penumpang pengangkutan awam di Malaysia sebenarnya boleh mendapatkan
slip kelewatan tren jika berlaku sebarang gangguan yang menyebabkan kelewatan ke tempat kerja?
Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna media sosial, @_aidaans,
Beliau yang berkongsi foto slip kelewatan yang diterimanya daripada pegawai bertugas di RapidKL.
Perkongsiannya mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan netizen, di mana ramai mengakui tidak pernah mengetahui kewujudan slip ini.
Dalam catatannya, beliau menulis:
“Hari ini baru saya tahu bahawa RapidKL ada mengeluarkan sijil kelewatan tren atas permintaan penumpang. Ini slip kelewatan saya, diperoleh kerana gangguan pagi ini.”
Menurut slip yang dikongsikan, perjalanan beliau terganggu akibat kelewatan di Laluan Kelana Jaya pada 23 Mei ketika beliau dalam perjalanan ke tempat kerja.
Apa Itu Slip Kelewatan Tren?
Menurut portal WeirdKaya, RapidKL menyediakan slip kelewatan rasmi kepada penumpang yang terkesan akibat gangguan perkhidmatan MRT atau LRT.
Slip ini dikeluarkan sekiranya berlaku kelewatan melebihi 15 minit. Ia bertujuan memberi dokumentasi rasmi kepada penumpang sebagai bukti kelewatan, yang boleh digunakan untuk memaklumkan majikan atau pihak berkepentingan lain.
Slip ini boleh digunakan untuk empat laluan utama:
-LRT Ampang/Sri Petaling Line
-LRT Kelana Jaya Line
-KL Monorail Line
-MRT Sungai Buloh-Kajang Line
Langkah ini dilihat sebagai usaha proaktif RapidKL dalam membantu penumpang menghadapi kesulitan akibat kelewatan yang tidak dijangka.
Reaksi Netizen dan Manfaat Slip Ini
Ramai netizen terkejut dengan pendedahan ini kerana tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan slip tersebut. Namun, inisiatif ini dianggap sangat berguna, terutamanya bagi mereka yang sering menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja.
Dengan adanya slip kelewatan ini, penumpang yang bimbang tentang kesan kelewatan terhadap komitmen kerja mereka boleh lebih tenang. Slip ini juga menjadi bukti rasmi untuk mengelakkan salah faham atau masalah dengan majikan.
Kesedaran Masih Rendah
Walaupun inisiatif ini telah lama disediakan oleh RapidKL, ramai penumpang masih belum menyedarinya.
Oleh itu, usaha meningkatkan kesedaran tentang slip kelewatan ini perlu dipergiatkan.
Langkah ini menunjukkan komitmen RapidKL dalam menjaga kesejahteraan penumpang dan memastikan mereka dapat mengurus masa dengan lebih baik, walaupun berlaku gangguan perkhidmatan.
Jadi, jika anda menghadapi kelewatan semasa menggunakan MRT atau LRT, jangan lupa untuk meminta slip kelewatan ini!
BACA: Keberanian lelaki cina non muslim tunai solat jumaat curi perhatian netizen