Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

DIBERI gelaran kanak-kanak paling kaya di Afrika, Muhammed Awal Mustapha menerima sebuah kereta mewah Lamborghini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-10, Rabu lalu.

Dia yang popular dengan nama Mompha Junior merupakan anak kepada jutawan Ismailia Mustapha.

Lamborghini Aventador berwarna kuning itu dianggarkan bernilai £300,000 (RM1.6 juta)

Kisah pemberian hadiah mewah itu mencvri perhatian ramai selepas bapanya memuat naik foto menerusi Instagram.

“Ada anak lelaki seperti kami menjadi sebab kenapa saya teruja untuk teruskan hidup, senyuman kamu merupakan kegembiraan kami.

Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?

“Selamat hari lahir anakku, Muhammaed Awal kini berusia 10 tahun,” tulis bapanya kepada 1.2 juta pengikut.

Baru umur 10 tahun dah dapat hadiah Lamborghini, “bapak dia kerja apa?”

Di ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat kanak-kanak lelaki bertuah itu.

Bapanya yang dikenali sebagai Mompha Senior merupakan ketua pegawai eksekutif (CEO) Mompha Burea De Change, di kepulauan Lagos.
Ahli perniagaan itu sebelum ini kerap berkongsi paparan kehidupan mewahnya menerusi Instagram.

Keluarga itu turut memiliki kereta mewah, jet peribadi dan rumah agam di beberapa negara termasuklah Dubai dan Nigeria

BACA: Peronda polis ‘sondol’ bas parkir tepi jalan cetus perbalahan netizen