Pencarian terhadap bekas presiden Syria, Bashar al-Assad, sedang giat dijalankan, d
Dngan pemberontak menyoal siasat pegawai tentera dan perisikan Syria yang dipercayai mengetahui lokasi beliau, lapor laman berita Mint baru-baru ini.
Dalam usaha tersebut, sumber dari laman pemantauan penerbangan mendedahkan bahawa
pesawat terakhir yang meninggalkan Damsyik adalah sebuah kapal terbang Illyushin-76 dengan nombor penerbangan Syrian Air 9218, yang disyaki membawa Bashar.
Pesawat itu dilaporkan berlepas sejurus sebelum pemberontak berjaya menawan lapangan terbang Damsyik.
Ia terbang ke arah timur sebelum mengubah haluan ke utara. Namun, isyarat pesawat itu hilang ketika berada di ruang udara Homs.
Di media sosial, pelbagai teori tersebar, termasuk dakwaan bahawa pesawat tersebut telah terhempas.
“Kehilangan pesawat secara tiba-tiba dan perubahan altitud yang mengejutkan menunjukkan ia mungkin ditembak jatuh,” kata seorang pengguna media sosial.
Maklumat yang belum disahkan turut menyebut bahawa pesawat itu hilang dari radar, dengan altitudnya jatuh mendadak dari 3,650 meter kepada 1,070 meter dalam masa beberapa minit, di luar ruang udara Lebanon berhampiran kawasan utara Akkar.
Data tiga dimensi dari radar penerbangan menunjukkan bahawa pesawat yang dipercayai membawa Bashar itu mungkin terhempas.
BACA: Kereta boleh meletup jika tinggal 7 benda ini dalam kenderaan