Penyanyi Ina Naim dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal, sekali lagi menjadi perhatian warganet, kali ini berkaitan isu nafkah.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, usahawan Datuk Aliff Syukri bertanya kepada Ina mengenai jumlah nafkah yang diterimanya daripada suami.
Ina, atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim, menjelaskan bahawa dia tidak terlalu mementingkan nilai nafka
Dan menyerahkan perkara itu mengikut kemampuan suaminya.
“Sebenarnya, yang penting dia menjaga saya dan anak-anak dengan baik, memberi pendidikan, dan yang paling utama, dia menyayangi saya sentiasa.
Untuk nafkah batin, itu penting, manakala nafkah zahir bergantung kepada kemampuan,” katanya.
Ina turut menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami bukanlah satu kewajipan, sebaliknya dianggap sebagai hadiah.
“Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami,” tambahnya.
Di ruangan komen, ramai warganet memuji penampilan ayu Ina yang dihias dengan solekan, selain memuji kebijaksanaannya sebagai seorang isteri.
“Betul, kasih sayang paling penting. Walaupun nafkah sedikit, janji suami sayang dan ikhlas.”
“Bijak Ina jawab, ikut kemampuan suami.”
“Duit raya adalah hadiah. Jawapan isteri solehah. MasyaAllah.”
Penyanyi Ina Naim dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal, sekali lagi menjadi perhatian warganet, kali ini berkaitan isu nafkah.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, usahawan Datuk Aliff Syukri bertanya kepada Ina mengenai jumlah nafkah yang diterimanya daripada suami.
Ina, atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim, menjelaskan bahawa dia tidak terlalu mementingkan nilai nafkah dan menyerahkan perkara itu mengikut kemampuan suaminya.
“Sebenarnya, yang penting dia menjaga saya dan anak-anak dengan baik, memberi pendidikan, dan yang paling utama, dia menyayangi saya sentiasa. Untuk nafkah batin, itu penting, manakala nafkah zahir bergantung kepada kemampuan,” katanya.
Ina turut menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami bukanlah satu kewajipan, sebaliknya dianggap sebagai hadiah.
“Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami,” tambahnya.
Di ruangan komen, ramai warganet memuji penampilan ayu Ina yang dihias dengan solekan, selain memuji kebijaksanaannya sebagai seorang isteri.
“Betul, kasih sayang paling penting. Walaupun nafkah sedikit, janji suami sayang dan ikhlas.”
“Bijak Ina jawab, ikut kemampuan suami.”
“Duit raya adalah hadiah. Jawapan isteri solehah. MasyaAllah.”
BACA: Bukan sahaja sedap tapi cepat masak, pasti membangkit selera suami, ini resepi daging goreng basah