Adalah satu kesalahan untuk melarikan makanan tanpa membayarnya terlebih dahulu.
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang pemandu kereta jenis Honda dilaporkan melarikan
empat kotak piza tanpa membayarnya dalam kejadian di Annex Alley, Bangkok, Thailand pada Isnin lalu.
Dalam rakaman video yang tular di laman Facebook, kelihatan pemilik restoran datang untuk meminta bayaran
Dengan mengetuk tingkap kereta, tetapi tidak dilayan oleh pemandu dan seorang lagi penumpang di dalam kenderaan tersebut.
Kereta itu kemudiannya memecut pergi dengan membawa piza yang ‘dicuri’.
“Bawa kereta Honda, tetapi tidak mampu membayar piza, sedikit pelik bagi saya.
“Kalau sesiapa nampak kereta itu, sila maklumkan kepada saya. Mereka tidak membayar empat kotak piza bersaiz sederhana yang dilarikan daripada kedai ayah saya,” kata pemilik restoran.
Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna maya meluahkan rasa terkilan melihat perniagaan kecil dianiaya sedemikian rupa.
BACa: Tidak akan melindungi kerabat yang terlibat jenayah, Tengku Hassanal titah Polis siasat segera