Bawak makanan di masjid balik rumah rupanya haram, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Oleh ISMAIL YAHYA

Haram hukumnya membawa balik makanan dari masjid jika tidak mendapat keizinan.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan bahawa makanan dari masjid adalah haram dibawa pulang kerana makanan tersebut adalah hak orang ramai.

“Memang tidak boleh bawa pulang makanan dari masjid ke rumah, ramai kan kita tengok jemaah berbuat demikian.

Bawak makanan di masjid balik rumah rupanya haram, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

“Boleh bawa pulang sekiranya makanan tersebut mempunyai lebihan, jadi kita boleh bawa pulang kerana akan jadi rosak dan membazir.

“Jika sebaliknya, hukum membawa pulang makanan itu adalah haram,” kata Azhar dalam satu sesi ceramahnya baru-baru ini.

Lebih penting lagi, pemahaman tentang hukum makanan adalah aspek yang sangat kritikal kerana ia boleh merosakkan hati seseorang yang memakan benda yang haram.

“Nabi dah cakap bab makan ni jangan kerana bagi sesiapa yang makan benda haram boleh dihumban ke dalam neraka kelak.

“Itulah orang kita, kalau tengok bab makan ni semua kelabu mata, padahal nasi kerabu harga RM1.50 sahaja tapi itulah memang dah perangai orang kita,” katanya lagi

Baca juga: Usaha membuahkan hasil, budak perempuan gigih cuba cium hajar aswad tarik perhatian netizen