Bayaran ‘one-off’ RM500 kepada guru, imam dan bilal

Bayaran ‘one-off’ RM500 kepada guru, imam dan bilal. Kerajaan menghargai jasa guru Kafa, tok imam dan bilal yang telah banyak berjasa kepada dunia islam di Malaysia. Bayaran one-off akan diberikan kepada golongan ini sebagai tanda penghargaan. Berikut merupakan butiran lanjut :-
Bayaran one-off RM500 untuk pendidik Islam dan kakitangan masjid adalah Bantuan Khas Kerajaan Persekutuan seperti berikut:
Bayaran khas sebanyak RM500 secara one-off kepada Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal, Siak/Noja/Marbut;
Pelaksanaan inisiatif ini adalah melalui penyaluran peruntukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN).
Matlamat bantuan ini seperti berikut:
Bagi menghargai jasa dan sumbangan para pnerima bayaran dalam pendidikan asas fardhu ain dan pengimarahan masjid serta surau.
Sebagai salah satu pelaksanaan inisiatif Program Prihatin Rakyat oleh Kerajaan Persekutuan.
Siapakah yang layak untuk Bayaran one-off RM500?
Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal dan Siak/Noja/Marbut yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN); dan
Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal dan Siak/Noja/Marbut yang masih berkhidmat; serta
Guru KAFA, Guru Takmir dan Imam yang dibayar elaun/imbuhan bulanan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bagaimanakah saya boleh memohon Bayaran one-off RM500?
Penerima tidak perlu membuat permohonan.
Pihak JAKIM akan menyalurkan peruntukan kepada MAIN/JAIN berdasarkan jumlah terkini Guru KAFA, Guru Takmir, Imam, Bilal dan Siak/Noja/Marbut.
Penerima boleh menyemak status bayaran dengan menghubungi pihak MAIN/JAIN masing-masing.
BACA:
‘Ini hero sebenar kita!’, kawal lalu lintas semasa blackout terbesar negara