Bayi berusia sebulan, Molly Everette Gibson dari Tennessee, mencipta sejarah selepas selamat dilahirkan
IA menggunakan embrio yang telah dibekukan lebih daripada 27 tahun lalu.
Portal Good Morning America (GMA) melaporkan bahawa Molly dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram (kg),
hasil daripada embrio yang dibekukan oleh penderma dan kemudiannya dipindahkan ke rahim ibunya pada 10 Februari lalu.
Kini, bayi itu merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Tina dan Benjamin Gibson.
Menurut kakitangan penyelidikan di Perpustakaan Perubatan Preston Universiti Tennessee, Amerika Syarikat (AS), embrio tersebut adalah yang paling lama dibekukan.
Kelahiran Molly memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh kakaknya, Emma Wren Gibson, yang dilahirkan melalui kaedah yang sama pada tahun 2017.
Embrio Emma dibekukan selama lebih 24 tahun, bersama dengan embrio adiknya, menjadikan mereka ‘adik-beradik genetik’.
“Ketika Tina dan Benjamin kembali untuk pemindahan embrio, saya sangat gembira kerana masih ada embrio dari penderma yang sama yang mendermakan embrio Emma,” kata Carol Sommerfelt, Pengarah dan Ahli Embriologi Makmal di Pusat Pendermaan Embrio Kebangsaan (NECD).
Embrio Molly Everette Gibson dibekukan pada Oktober 1992 dan hanya 18 bulan lebih muda daripada ibunya, Tina, yang dilahirkan pada April 1941.
BACA: Rupanya YDP Agong ke-17 pemilik nombor plate ‘F1’ ramai nak tahu harganya