“Bea Sobar Bea” “Awak jangan risau Kami jaga anak mung nanti”

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Rakan-rakan dan keluarga terdekat penyanyi terkenal dari Kelantan yang ditahan di Golok, Thailand,

semalam berjanji akan menjaga dua anak kandungnya sehingga kes yang melibatkan dirinya dan suaminya selesai.

Dalam beberapa video yang tular di TikTok hari ini, rakan-rakan dan keluarga penyanyi wanita

yang terkenal dengan lagu-lagu dikir barat dari Kelantan itu menyatakan komitmen untuk menjaga anak-anaknya.

Difahamkan, hasil perkahwinan penyanyi tersebut dengan bekas suaminya yang terdahulu, dia dikurniakan dua orang anak.

"Bea Sobar Bea" "Awak jangan risau Kami jaga anak mung nanti"

Hari ini, mahkamah di Narathiwat memutuskan tempoh tahanan reman selama 84 hari ke atas penyanyi itu bersama lima lagi individu, termasuk suaminya yang terkini.

@chemira00Untuk sahabat ku nur aida 💜 Akn ku jaga amanah mu , Aku sayang mu dunia n akhirat . Takpe kak doa org yg teraniaya allah angkat setinggi2 nyaa . Sabar kak ujian utk mu . Sulong ak akn jago ank sek mu .

♬ bunyi asal – Chemirabeauty – Chemirabeauty

Tempoh tahanan hampir tiga bulan tersebut menyebabkan penyanyi itu terpaksa berjauhan dari kedua-dua anaknya.

Sementara itu, beberapa kenalan dan ahli keluarga penyanyi wanita tersebut yakin bahawa pelantun lagu terkenal “Bea Sobar Bea” itu tidak bersalah dan mungkin telah diperangkap oleh individu tidak dikenali.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa penyanyi terkenal dari Kelantan itu ditahan bersama lima individu lain, termasuk suaminya, di sebuah hotel di Golok, Thailand, selepas pihak polis Thailand menemui 6,000 pil yang dipercayai pil kuda dalam bilik mereka.

BACA: ‘Bukan tak nak berbakti pada orang tua, kerana layanan mereka aku tak kisah digelar anak derhaka”