Bekas isteri Luqman Hafidz buka cerita sebenar punca cerai buat semua terkejut. Perkongsian bekas isteri kepada pelakon Luqman Hafidz iaitu Nurul Atiqah Mad Apandi di Instagram mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen.
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada @luqmanhafidzx & @eryn_gani kerana telah bersama-sama meruntuhkan rumah tangga saya.
“Semoga kalian bahagia di atas penderltaan dan kesedihan saya. Sekian, Terima kasih,” tulisnya. Bagaimanapun Luqman ketika dihubungi Gempak menegaskan dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi sebarang k0men melibatkan rumah tangganya.
Meleraikan pelbagai spekuIasi yang tercetus, pelakon Luqman Hafidz akhirnya mengakui sudah sah bercerai dengan isteri, Nurul Atiqah Mad Apandi pada Jun lalu.
Pelakon Ola Bola itu berkata, harus membuka mulut tentang kisah rumah tangganya bagi menghentikan pelbagai pertanyaan dan khabar angin yang berterbangan sehingga menimbulkan fitnah daripada pelbagai pihak.
“Sudah tiba masa untuk kongsi dan sahkan bahawa saya dan bekas isteri sudah berplsah pada Jun lalu secara baik di mahkamah.
“Saya tak nak komen apa-apa… saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak memberi sebarang ulasan,” kata Luqman ketika dihubungi Gempak.Terdahulu, Luqman menerusi laman Instagram mengesahkan dia sudah berpisah dengan bekas isterinya secara baik di mahkamah pada Jun lalu.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga dengan Nurul Atiqah pada 20 Mac 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Eve Laura pada 6 Februari 2021 yang kini berusia setahun.
BACA JUGA :
Baru 2 hari, Wisma Jakel terbakar lagi
Lelaki dari Terengganu jual janin biawak, ratu anai-anai untuk sara hidup