“Kita kehilangan Batu Puteh selama-lamanya kerana dia (Dr Mahathir),” katanya ringkas.
Sebelum ini, Mohamed Apandi pernah mendakwa beliau tidak dirujuk oleh Dr Mahathir
ketika kerajaan membuat keputusan menarik balik permohonan semakan semula ICJ.
Menurutnya, beliau yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Peguam Negara, diarahkan bercuti selama 30 hari oleh Ketua Setiausaha Negara tanpa sebarang perbincangan.
Mohamed Apandi, yang dilantik sebagai Peguam Negara pada Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail
ditamatkan perkhidmatannya pada Jun 2018 oleh kerajaan Dr Mahathir.
Beliau kemudian digantikan oleh Tan Sri Tommy Thomas, seorang peguam terkenal yang dicadangkan oleh Dr Mahathir.
RCI telah mencadangkan siasatan jenayah ini selepas mendapati keputusan Jemaah Menteri pada 2018, yang diketuai Dr Mahathir, untuk menarik balik permohonan semakan semula ICJ dibuat tanpa kelulusan Kabinet secara kolektif.
Laporan akhir RCI yang telah dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 12 Ogos lalu oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif.
Dalam laporan tersebut, RCI turut mencadangkan agar laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dimulakan.
Laporan yang ditandatangani tujuh anggota suruhanjaya itu menyatakan bahawa dalam konteks Seksyen 415(b), adalah perlu dibuktikan bahawa Dr Mahathir telah menipu Jemaah Menteri dan dengan sengaja mendorong Kerajaan Malaysia untuk menarik balik permohonan semakan semula ICJ. Keputusan itu dikatakan dibuat secara sepihak tanpa kelulusan Kabinet.
BACA: Cepat netizen buat kerja, rupanya Gus Miftah pernah tunjal kepala isteri dikhalayak ramai