Aku perkenalkan diri aku sebagai H. Hari ini aku nak share kisah aku disondol. Aku dan bekas suami aku berkahwin pada tahun 2009.
Mulanya kami bahagia tapi lama – lama aku makan hati sebab suami aku sentiasa busy.
Lepas beberapa tahun kahwin, kami dikurniakan Zuriat. M4kin lama perasaan aku pada suami aku m4kin hilang sebab suami aku selalu outstation dua minggu dalam sebulan.
Aku jadi sunyi. Itu baru outstation biasa, belum campur lagi kalau suami aku ada kes tiba – tiba sebab suami aku uniform jadi dia kena sentiasa standby.
Selang beberapa tahun, kami dikurniakan satu lagi cahaya mata lelaki. Masa ni aku betul – betul str3ss sebab suami aku terlalu busy dengan kerja. Kalau suami aku ada, dia selalu tolong aku buat kerja rumah. Tapi masalahnya, dia selalu takde.
Anak aku yang kedua ni agak high demand. Aku str3ss sangat. Suami aku baik je, tapi aku sunyi. Suami aku jenis bertanggungjawab tapi tak cukup kalau masa tak ada dengan aku dan anak. Kebetulan pula, ada seorang lelaki internship dekat pejabat aku.
Lelaki itu walaupun jauh beza usia dengan aku, dia sangat matang dan caring. Aku pun mulakan langkah sebab lama – lama aku rasa inilah orang yang aku nak selama ni. Hubungan kami bertambah erat selama beberapa bulan.
Setiap kali weekend, aku akan bagitahu suami aku yang aku kerja. Jadi aku ambil kesempatan untuk keluar dengan budak intern tu. Kalau suami aku kena kerja weekend, aku akan letak anak dekat rumah kakak aku. Aku namakan intern tu sebagai I.
Aku sanggup buat apa je sebab dah sayang, jadi kereta Honda suami aku, aku bagi I pakai. Aku tak rugi apa – apa, sebab setiap bulan, suami aku yang bayar kereta tu. Suami aku naik moto pegi keje. Aku dah tak ada keinginan untuk tidur dengan suami aku jadi aku banyak habiskan masa dengan tidur di sofa ruang tamu.
Memang angau masa itu. Sebab setiap malam kami akan call dan WhatsApp senyap – senyap masa suami aku tidur. Semua ini takkan jadi kalau suami aku bagi perhatian yang cukup dekat aku. Satu hari, suami aku datang dan minta check telefon.
Aku tak bagi dan kami berebut telefon. Tapi suami aku dapat r4mpas jugak dan dia masuk kereta, baca semua chat aku dengan I. Aku nampak suami aku nangis tapi dia diam je tak cakap apa – apa dan dipulangkan balik phone dekat aku.
Esoknya, suami aku merayu untuk tinggalkan lelaki itu dan suami aku suruh fikir nasib anak – anak. Suami aku juga minta aku berhenti hubungi lelaki itu. Alang – alang suami aku dah tahu, aku minta lepaskan aku dengan cara baik. Dia tak nak pula.
Aku jujur je dekat suami aku yang aku betul – betul sayang I. Aku memang nak kahwin dengan I. Aku mengaku depan suami aku yang aku dah tak sayang langsung kat dia. Suami aku nangis merayu – rayu tolong fikirkan anak – anak dan keluarga yang ada.
Setiap malam suami aku akan pastikan aku tak main phone sebab suami aku takut aku mesej I. Aku s4kit hati dan rasa dikongkong. Masa suami aku pergi kerja, aku bawa anak – anak keluar dari rumah tu. Cukup lah duduk dengan dia sebab aku dah bosan!
Aku menumpang rumah kakak aku. Dekat sini aku happy dan lega sebab setiap hari kakak aku tolong jagakan anak – anak aku. Bila anak – anak tanya mana ayah dia, aku cakap je “ayah dah buang kau, dah tak sayang kau. Tak payah tanya – tanya lagi”.
Aku boleh mesej I bila – bila masa. Kami pergi kerja sama – sama dan balik kerja sama – sama. Tiap weekend kami dating. Setiap hari aku akan ambil dan hantar I dari tempat kerja. Suami aku, aku block. Aku cuma akan unblock bila pampers anak dengan susu anak habis.
Lepas dapat duit aku block balik. Setiap hari suami aku cari macam – macam cara untuk contact aku dan mesej doa – doa supaya aku lembut hati balik rumah. Aku rimas dan jijik. Benda ni berlarutan sampai setahun. Satu hari tu, suami aku tiba – tiba ada depan rumah kakak aku dan cari anak – anak.
Suami aku r4mpas telefon aku. Aku dah takut masa tu sebab kantoi lah kereta dia aku bagi dekat I. Tapi suami aku tak marah pun. Aku berg4duh dengan mak aku sebab rupanya mak aku yang bagitahu suami aku yang aku ada dekat sini sebab mak aku cakap mak aku kesian dekat suami aku.
Puas hati aku bila tengok dia separuh giIa, sampai cari anak – anak dekat radio, dekat kawan – kawan aku, tapi tak ada siapa pun bagi jawapan sebab aku cakap jangan masuk campur. Aku bagitau semua orang yang aku kena halau rumah, haha. Aku saja cakap macam tu supaya orang tak tanya banyak.
Aku masih berkeras tak nak balik rumah sebab aku memang dah tak nak teruskan perkahwinan yang membosankan ni. Aku pergi mahkamah dan mohon cerai. Aku upah peguam untuk pastikan aku dapat cerai. Masa bicara, Hakim tak setuju dengan permohonan aku sebab tak ada alasan yang kukuh. Suami aku saja nak menyusahkan hidup aku.
Mahkamah perintahkan supaya aku kembali taat dan pulang ke rumah. Dengan penuh terp4ksa, aku pun balik ke rumah dengan anak – anak. Suami layan aku macam biasa. Di pulun part time sebab nak bawak aku bercuti merata tempat.
Dia tak pernah marah aku tapi apa yang dia buat tak dapat kembalikan perasaan aku dekat dia. Aku jadi geli nak dengan dia. Aku letak dua – dua anak dekat tengah – tengah katil supaya aku tak tidur sebeIah dia. Benda ni berlarutan sampai tiga tahun.
Banyak kali jugalah kantoi aku masih chat dengan I. Sebab aku memang tak akan stop contact I. Puas suami aku merayu tapi aku dah taw4r hati. Aku jadi m4kin meluat dan cakap “setakat laki macam kau ni, sekali petik 10 aku dapat la. Beratur nak kat aku”. Tapi benda ni tak buatkan suami aku putus asa untuk ambik hati aku.
Suami aku minta jasa baik bos dia untuk tak kerja hari minggu. Tapi hari minggu tu aku nak release tension jadinya aku suruh suami aku jaga anak – anak dan aku keluar camping / hiking dengan kawan – kawan. Jadi setiap hari minggu aku memang tak akan ada dekat rumah. Ni satu – satunya cara aku untuk release tension.
Suami aku marah sebab aku bercampur lelaki dengan perempuan satu homestay padahal kami tidur bilik asing – asing. Aku memang rimas dengan suami aku sebab suka mengongkong. Aku dah tak tahu macam mana cara nak pisah dengan dia jadi aku ada buat fake account. Aku mesej suami aku. Aku flirt dia.
Lepas tu suami aku reply “Ni siapa, kenapa banyak sangat tau pasal i. Ni siapa??” aku terus buat – buat r4mpas phone dia cakap dia curang. So aku ambik kesempatan untuk keluar daripada rumah tu. Rumah dan sekolah anak tak ada masalah sebab aku dah pindahkan sekolah anak dan dah sewa rumah dari sebelum tu lagi secara senyap – senyap.
Aku pun minta cerai dekat mahkamah. Alhamdulillah proses cerai berjalan lancar. Dan anak – anak duduk dengan aku. Maka terbubarlah 10 tahun perkahwinan aku. Hubungan aku dengan I masih diteruskan macam biasa.
Kami dah empat tahun bersama jadi aku sayang sangat hubungan ni.. Lepas beberapa bulan, aku nampak bekas suami aku keluar dengan perempuan lain. Wah?? cepatnya ada pengganti. Aku pun apa lagi, aku ser4ng perempuan tu, aku ambik video lepastu aku terus masuk kereta. Diorang dua tak sempat cakap apa – apa.
Aku ambil keputusan untuk stalk perempuan tu. Aku tak kisah sangat cuma terk3jut je, sebab perempuan tu bujang dan MUDA. Oh kerja lawyer + part time model rupanya. Muka tak cantik pun. Macam mana la banyak brand boleh ambik dia.
Hubungan aku dengan I masih diteruskan macam biasa. Lepas dua tahun cerai, tiba – tiba I pindah tempat kerja dan hilangkan diri sekejap. Aku macam nak giIa. Bila aku buka Instagram dia, aku terk3jut bila tengok dia tiba – tiba kahwin dengan perempuan lain. Aku menangis semahu mahunya. Tau – tau I block aku.
Aku cuba dapatkan balik bekas suami aku. Tapi bekas suami aku seen je WhatsApp aku. Lepas beberapa minggu, bekas suami aku kahwin dengan perempuan bujang tu. Dasar penyondol. Kalau bukan sebab dia, mesti bekas suami aku masih lagi merayu – rayu dengan aku dan time ni lah sepatutnya kitorang akan bersama semula.
Tapi disebabkan perempuan tu, bekas suami aku tak cari aku lagi dah. Aku tak boleh bayangkan mereka berdua pergi honeymoon. Jadi aku sentiasa buat plan em3rgency demam dan s4kit supaya aku boleh letak anak tiba – tiba kat rumah bekas suami aku.
Anak tak pergi sekolah belakang cerita. Bila suami nak pulang anak semula, aku MIA. Kadang – kadang aku MIA sampai seminggu. Padan muka isteri baru dia. Jangan ingat dah sondol boleh sedap – sedap nak honeymoon. Bila anak aku balik sini aku akan tanya macam – macam pasal mak tiri dia.
Anak aku suka betul dekat mak tiri dia. Aku lagi lah menyampah. Anak – anak aku selalu puji dia cantik dan masak sedap. Bila aku tanya anak aku siapa lagi cantik, anak aku jawab dia. Meng4muk aku. Aku cakap dekat anak – anak aku jangan nak mandai – mandai dekat – dekat dengan mak tiri dia.
Jangan panggil dia mak. Aku sorang je mak diorang. Jangan ambik gambar family. Dalam masa sama aku suruh anak – anak aku korek bila birthday perempuan tu, bila tarikh nikah? Gaji dia berapa? Jadi model orang bayar banyak ke?
Aku buat fake account tanya soalan sama pasal gaji dia tapi ending dia, kena blok. Aku m4kin s4kit hati, jadinya memang aku selalu letak anak aku kat situ biar tengok tengokkan bekas suami aku. Kalau anak aku terlupa update ex suami aku pergi outstation mana, bila gerak, sampai bila outstation, aku akan merajuk dengan anak – anak aku.
Lagi satu tak payah berangan nak honeymoon ya sebab bekas suami aku tu dah ada anak dua dengan aku. Sedar diri sikit. Aku s4kit hati sebab suami aku dan isteri baru dia tak kisah pun anak – anak selalu datang situ tiba – tiba. Aku expect dorang akan marah.
Nak bagi diorang lagi s4kit hati, Aku pergi mahkamah dan minta hak jagaan penuh terhadap anak – anak aku + segala harta sepencarian. Aku pun nak anak aku jadi orang pandai jadinya aku masukkan segala jenis kelas tambahan dan kelas pertahankan diri untuk anak – anak aku dalam permohonan sulh tu. Biar padan muka bekas suami aku nak cari duit!!
Jangan ingat kahwin dengan lawyer boleh hidup senang!!. Mentang – mentang sekarang duduk rumah landed semi D tiga tingkat, ingat dah bagus sangat la tu?!! Aku terus viral kan isteri baru dia dekat Instagram aku yang dia tu penyondol.
Ramai kawan – kawan aku bash isteri baru dia sampai ada yang mesej – mesej dia tak puas hati. Puas hati aku. Aku buat banyak akaun supaya boleh report bini baru dia. S4kit mata aku, muka tak cantik tapi jadi model. Hari – hari aku report akaun dia dekat Instagram dan tikt0k.
Berbalik pada cerita sulh, so bekas suami aku nak masuk bicara. Nak teruskan ke peringkat mahkamah. Sebab dia pun ada hak katanya. Dia cakap macam tak adil aku mintak duit banyak. Tak banyak pun. 2k je untuk baju raya dua anak tu.
Kalau tambah kos lain – lain, duit sekolah dan makan tak sampai pun 5 ribu untuk dua orang tu setiap bulan. Aik kahwin baru mampu pulak?? Aku berkeras tak nak masuk bicara. Sampai merayu menangis dekat ex suami aku.
Nampak sangat dia ni saja nak aibkan aku kat bicara nanti sebab nak expose curang aku. Benda dah lama kot. Move on la. Ini mesti isteri baru dia yang ajar. Kurang ajar betul. Walaupun aku ni kerja technician je, tapi aku tak adalah nak menyibuk hal orang macam si terpaling lawyer tu. Lawyer je pun apalah sangat.
Aku taknak teruskan masuk mahkamah jadi aku lepaskan hak aku kat anak dan harta – harta sepencarian. Aku tak dapat sesen pun. Memang zaIim bini baru dia ni ye. Ni mesti idea dia ni. Since anak – anak dapat dekat bekas suami aku, jadinya anak – anak kena pindah rumah sana.
Aku tak bagi anak bawak apa – apa. Even berus gigi pun tak boleh. Biar bapak dia beli. Aku s4kit hati tapi dalam masa sama aku happy sebab akhirnya aku bebas. Aku rasa macam jadi bujang balik, biar padan muka mak diri dia. Ha ha ingat senang nak jaga anak?
Sebelum anak – anak aku ke rumah bapak dia, aku pesan siap – siap. Jangan pernah angkat pinggan sendiri dan basuh pinggan sendiri. Jangan buat apa – apa kerja dekat rumah tu. Tu semua kerja mak tiri. Baju kotor campak je kat lantai, biar mak tiri kutip. Anak aku dengar cakap aku alhamdulillah.
Aku pesan lagi, kalau nak sik4t rambut pergi sekolah, jangan sik4t sendiri, suruh ayah atau mak tiri tu yang buat. Baju sekolah pun jangan gosok sendiri. Lepas tu penyondol tu pergi gosok baju anak – anak aku, lepas tu lipat kain dan sidai kain anak – anak aku.
Banyak dia jaga anak – anak aku sorang – sorang sebab ex aku kan selalu outstation, padanlah muka. Aku pesan kat anak aku “kutuk je kereta mak tiri kau. Apa barang lawyer pakai kereta local je?” haha. Tapi aku pesan siap – siap.
Kalau nak cakap macam – macam, jangan depan ex suami aku, biar kalau penyondol tu mengadu kat ex aku, ex aku akan ingat bini dia buat cerita. Anak – anak aku cerita lagi. Kalau demam, anak – anak aku memang tak akan bangun. Mak tiri yang akan tuam badan anak – anak aku dan suap makan.
Anak aku dah 12 dan 11 tahun. Anak – anak aku ber4k pun dalam seluar dan munt4h kat lantai takkan siram so mak tiri yang buat semua tu. Kalau ex aku ada, ex aku yang urus. Tapi sebab dia selalu takde, so penyondol tu la urus.
Since aku ambik anak dua kali sebulan je masa weekend, kalau anak aku demam, aku terus hantar rumah ex aku. Anak masuk rumah je aku terus call anak aku menangis sebab takde sapa ke nak hantar kIinik? Mana terpaling mak tiri dia tu??
Aku selalu pesan kat anak – anak aku, kalau nak beli benda mahal, mintak je mak tiri tu. dia kan ikutkan je anak aku. Gaji macam banyak je nak buat apa kan? Terpaling her0in kan… ha.. mintaklah macam – macam. Aku pun nak anak aku hidup senang.
Takkan dia nak senang sorang – sorang pulak, dah kahwin duda kena hadap la kan? Aku tunggu je masa mak tiri tu meIetup. Biar suami aku nampak dia tu sebenarnya tak ikhlas pun nak jaga anak aku. Aku ajar anak – anak aku buat sepah dekat rumah sana lagi – lagi masa suami aku outstation.. aku ajar anak aku, kalau membuang tak payah flush! Biar mak tiri dia rasa.
Aku m4kin s4kit hati sebab mak tiri dia tak pernah mer0yan. Ex suami aku pun diam je kat sosiaI media. Aku harap dengan aku pr0vok hari – hari di sosiaI media, isteri baru dia akan bunyi, rupanya tidak. Anak – anak aku pulak jenis yang sangat cerewet. Cuma makan sup dengan sardin je sebab tu yang hari – hari aku hidang kat dorang.
Eh duduk sana mak tiri masak macam – macam pulak. Dah menyusahkan aku sebab balik sini je, anak dah taknak makan aku masak. Aku m4kin s4kit hati. Tiap kali anak aku demam kat sana je aku salahkan mak tiri dia. Aku jadi s4kit hati sebab mesti sebab rumah sana ada aircond. Sebab tu anak aku selsema.
Aku dengar bekas suami aku nak hantar anak guna van sekolah. Aku terus call anak aku menangis, kenapa ex suami aku tak sayang anak aku sampai kena hantar dan ambil pergi naik van sekolah. Memanglah bekas suami aku kerja jauh dari rumah. Bini baru dia pun kerja jauh dari rumah. Tapi tak boleh ke nak urus anak tengah hari itu? Ambil dari sekolah je pun.
Setiap kali tengah hari, aku akan call anak aku dan suruh dia buat video call tunjuk semua lauk yang mak tiri dia masak setiap pagi sebelum pergi kerja. Kalau masakan tu aku rasa tak kena, aku akan komen. Aku cakap “kalau perempuan tu masak satu lauk je, aku suruh anak – anak aku tanya “takkan ni je”??!
Terpaling her0in nak masak sebelum pergi kerja. Kalau satu lauk je baik tak payah. Masa lunch hour, aku video call anak, Aku suruh anak aku pusing satu rumah tu. Tunjuk semua. Hm takde la mewah mana, barang IKEA je pon!! Bilik dorang pun aku tengok. Haha takde lah kemas mana eh. Kat instagram kemain mekap tebal.
Muka tak cantik, tapi sibuk nak pakai baju cantik. Apa aku buat is, aku pun beli sebiji baju tudung kasut handbag yang sama untuk buktikan aku pakai lagi cantik dari dia. W4rna kuku, gelang, cincin semua sama. Aku m4kin s4kit hati sebab dia dapat lagi banyak job photosh00t.
Aku ingatkan ada anak aku kat rumah tu, dia tak boleh la nak pergi mana – mana photosh00t. Eh tak, dia boleh je ambik job pegi photosh00t. Pentingkan diri.!! Bekas suami aku jaga anak kat rumah kalau dia pergi photosh00t. Banyak cantik.!!
Aku rasa m4kin terc4bar sebab bekas bini dia ni macam sengaja ambil gambar acah photogenic. Aku pun lagiIah galak beli semua yang dia pakai. Aku try posing sama macam dia. Aku lagi cantik rupanya. Aku pun pergi Thailand untuk buat hidung.
Sekarang ni hidung aku dah cantik. muka aku jauh lagi cantik dari dia. Well, hidung mancung kan. Mesti orang ingat aku ni banyak mix. Ni kalau bekas suami aku tersempak dengan aku ni, mesti dia akan giIa kat aku balik. Aku busy cantik kan diri aku dan aku tak ambil pun anak – anak aku dekat rumah sana.
Tapi aku kadang – kadang call. Aku saja pancing bekas suami aku. Ex suami aku kan belikan anak – anak aku fon. Aku pun ambil gambar selfie banyak – banyak sebab aku dah cantik sekarang, so aku ambillah gambar free hair, baring – baring s3ksi – s3ksi.
Mesti ex aku suka kan tengok muka aku. Aku blok ex suami kat tikt0k. Tapi aku suruh anak – anak sentiasa pos video – video dan gambar aku kat tikt0k anak – anak. Sebab suami follow anak – anak. Eh bila aku check balik, gambar kat fon anak tu dah tak ada.
Ni mesti bini baru dia delete kan. Kurang ajar betul. Insecure ke? Dengki sangat dengan aku kenapa eh? Ha ha s4kit hati sebab aku dah jadi lagi cantik daripada kau. Aku cuba untuk ambil degree jugak, tapi aku tak nak ambik kos law sebab kos tu terlalu senang untuk aku. Jadi aku ambil course management.
Management lagi banyak demand daripada law. Doakan aku supaya aku dapat habiskan degree aku lagi dua tahun. Tengok muka bini baru dia tu pun dah tahu berlagak. Mentang – mentang lawyer. Walaupun dia tak pernah cakap apa – apa, tapi aku tahu dari raut muka dia, dia rupa berlagak.
Aku beli kereta baru. Biar dia tengokk, yang aku lagi better. Bini baru dia tu bukan level aku. Jauh sekali. By the way, sekarang aku usaha nak baik – baik dengan family ex suami aku. Tapi takde sapa layan aku. Yela masa nak cerai dulu kan emosi, mesti la ada terkutuk sikit family mertua dengan ipar duai dekat fb. Mesti bini baru dia hasut semua orang ni.
Aku tengok m4kin menjadi – jadi mak tiri dia nak s4kitkan hati aku. Belikan anak aku macam – macam. belikan jam la, belikan botol airlah, belikan baju cantik cantiklah, aku pun apa lagi. Aku pun belikan benda sama dan aku w4rning anak – anak aku jangan pakai apa yang dia bagi.
Aku suruh anak aku campak hadiah yang mak tiri dia bagi dekat lantai dan pakai yang aku bagi aje. Tak lama lepas tu, anak aku bagitau, yang mak tiri dia mengandung ya. Aku memang setiap harilah doa yang bukan – bukan kat kandungan dia tu. sekali makbul. Anak dia sekilo lebih aje. Ha ha..
Aku punya happy tu tak tahu nak cakap macam mana. Anak dia siap masuk ICU lagi dekat sebulan sebab kurang berat.. Aku hari – hari minta update dekat anak – anak aku. Setiap kali anak aku update pasal baby dia tu aku happy.
Hari – hari aku akan tanya berat baby dah berapa kg. Aku akan tanya baby tu sihat ke tak. SajaIah kan nak tahu. Ingat bagus sangat ha ha. Anak aku cerita mak tiri dia nangis sebab anak dia masuk ICU lama sangat. Ha padan muka.
Mesti pantang dia str3ss kan sebab tak ada baby dengan dia. Tulah baIasan Allah ni kat dunia dah dapat. Allah bayar cash. Aku suruh je anak – anak aku layan baby kasar – kasar. Lagi – lagi masa ex suami aku takde. Haha aku selalu pesan jangan baik – baik sangat dengan baby, kalau nak baik, baik masa ex aku ada je. Dorang kena ingat, tu bukan adik dorang!
Sampai hari ini, kalau nak ambil anak,, aku akan ambil ikut suka aku. Kalau nak ambil aku ambil. Kalau tak nak ambil aku memang takkan ambil.. Sebab aku saja bagi diorang punya plan kacau bilau, yalah mana tahu nanti diorang nak bawa baby baru pergi jalan – jalan pula kan pastu tak nak bawa anak aku.
Aku saja pancing kenangan – kenangan ex suami aku selalu bawa aku pergi travel. Aku letak banyak – banyak gambar aku travel dengan bekas suami aku dekat phone anak aku biar mak tiri dia tengok. Aku suruh anak aku tanya mak tiri dia, “baby dah pergi mana aje? kesian baby. baby tak pernah pergi sini tak pernah pergi situ kan ha ha dulu kita orang ayah selalu bawa pergi sana sini tau.”
Aku suruh cakap lagi “Dulu ayah selalu bawa mak pergi jalan – jalan dengan u tak ada pula ke? Kesian” hari – hari aku buat fake akaun baru supaya nak tengok kehidupan bekas suami aku dengan bini baru dia. Eh perempuan tu asyik dapat kerja photosh00t je. Lepas bersalin pun dapat photosh00t lagi ke. Eh menyampah akulah.
Aku pun ambil kesempatan untuk report akaun isteri dia. Hari – hari aku akan repot, biar akaun tu hilang. Puas hati aku. Kat TikT0k pun sama. Aku hari – hari report. Terpaling hot lah kononnya tak reply komen – komen orang kat gambar dia. entah – entah ramai viewers sebab beli ads tak. Bukan sebab rupa pun. Yela bukannya cantik.
Korang doakan tahu semoga bini baru dia tu dapat baIasan sebab menyondol, tu aje aku nak. Aku doakan hidup dia tak akan pernah senang dan tenang sampai bila – bila. Kalau bini baru dia/ex aku berani nak ungkit kisah aku dengan I kat mana – mana sosiaI media, bersedialah untuk munt4h paku. Yang terani4ya, – H (Bukan nama sebenar)