Bekas vokalis Nidji, Giring dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha, telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan

Dalam Kabinet Merah Putih di bawah kepimpinan Presiden Prabowo Subianto.

Pengumuman pelantikan tersebut dibuat secara rasmi oleh Presiden Prabowo di Istana Merdeka, Jakarta, pada Ahad.

Giring, yang akan bertugas bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, dijangka memulakan tugas rasminya pada hari Isnin.

Sebelum ini, Giring mengakui bahawa keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian demi menceburi bidang politik bukanlah pilihan yang mudah.

Bekas vokalis Nidji, Giring dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Namun begitu, meskipun sudah memilih jalan baru, beliau masih menyimpan rasa rindu untuk kembali menghasilkan muzik.

Sebagai makluman, pemuda berusia 41 tahun ini bersama kumpulan Nidji suatu ketika dahulu merupakan antara kumpulan muzik yang popular sekitar tahun 2002.

Mereka berjaya mencipta pengaruh besar dalam industri muzik Indonesia dengan lagu-lagu hits seperti Arti Sahabat, Jangan Lupakan, dan Laskar Pelangi.

BACA: ‘Tak ada orang lain ke nak berguru?’ Sesi one to one Adira dengan Andika raih perhatian netizen