Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona meluahkan rasa berang apabila terdapat warganet bertanya soalan yang tidak masuk akal
iaitu ‘casing’ telefon jualannya boleh dibawa masuk ke syurga atau tidak.
Leona berang, netizen tanya jual ‘casing’ boleh masuk syurga ke?
Difahamkan, kemarahan Leona yang juga anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman tercetus selepas segelintir netizen mempertikaikan dia menjual casing telefon bimbit menerusi sesi siaran langsung, baru-baru ini.
Leona bagaimanapun menjawab dengan nada sinis dengan menyuruh individu berkenaan ‘mati’ terlebih dahulu dan dikebumikan bersama casing jualannya sama ada boleh masuk ke syurga atau tidak.
“Nanti bila kau mati, kau suruh keluaga you kebumikan awak dengan casing-casing ini dan nanti dekat padang mahsyar bagitahu I kalau boleh masuk syurga dengan casing I okay.
“Aku cari kau… bagitahu I kalau kau boleh masuk dengan beli. “jawabnya.
leona berang
Artikel lain: Leona buat hal lagi! Selamba berbikini putih mandi sungai
@minhhaew I’ve never seen leona being so mad in my whole life god helpp leona😭😭 louder leona louder #leona #kasihleona #azharsulaiman #xyzbca #fyp #fypシ #xyzbca #leonamarah #CapCut ♬ Aesthetic – Tollan Kim
Guna otak sikit….
Tambah Leona, dia berharap agar mana-mana individu untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bertanya soalan yang aneh terutama perihal syurga dan neraka.
Leona berkata, soalan yang ditanya oleh segelintir netizen itu adalah keterlaluan sehingga mengundang kemarahannya dan mahu membaling telefon kepada mereka.
“Seriously, guna otak sikit, duduk tutup mata fikir, soalan valid atau bodoh. Ini soalan bab syurga neraka ni, aku tak tahu, kau pun tak tahu, jadi jangan tanya.
“Kita ada malaikat, dia akan catat dan kita tengok la. Kau ni tengok tu, buat aku panas baran pula dah. Jangan buat I marah lagi.
Aku baling ni dekat kepala kau, pecah tau macam kelapa,”marahnya penuh sopan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Comelnya Leona marah, gigih cakap bahasa Melayu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan Leona yang dilihat gigih mencari da menggunakan perkataan sesuai dalam bahasa Melayu ketika sedang marah.
Malah, mereka juga menyifatkan kemarahan Leona dalam bahasa Melayu itu adalah comel dan kelakar.