Beli hotel bukan untuk jana keuntungan, tapi nak diletupkan, dah kenapa?

Oleh ISMAIL YAHYA

Suruhanjaya Daerah Macon-Bibb di Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan rancangan untuk meletupkan sebuah hotel 16 tingkat yang sudah lama tidak berpenghuni

, semasa sambutan Tahun Baru 2025, lapor portal berita My North West.

Hotel yang dahulunya dikenali sebagai Plaza Ramada itu telah dibeli oleh pentadbiran daerah tersebut

pada tahun lalu dengan kos AS$4.5 juta (RM17.85 juta) melalui prosiding kebankrapan persekutuan.

Rancangan Perobohan

Beli hotel bukan untuk jana keuntungan, tapi nak diletupkan, dah kenapa?

Pentadbiran Daerah Macon-Bibb bersetuju untuk mengupah sebuah firma perobohan dengan bayaran AS$2.6 juta (RM11.60 juta) bagi melaksanakan kerja-kerja meletupkan bangunan tersebut, menurut laporan akhbar tempatan.

“Kami membeli hartanah ini semata-mata untuk merobohkannya,” kata Datuk Bandar Macon, Lester Miller, kepada saluran televisyen WMAZ-TV.

Sejarah Hotel Plaza Ramada

Hotel tersebut dibuka pada tahun 1970 dan pernah menjadi lokasi penginapan beberapa tokoh terkenal, termasuk legenda muzik rock n roll, Elvis Presley. Namun, hotel itu tidak pernah mencatat kejayaan dari sudut kewangan.

Paling dikenali, pada tahun 1991, hotel ini dirampas oleh Jabatan Perbankan New York selepas didapati terlibat dalam skandal penipuan dan pengubahan wang haram.

Skandal tersebut berkait dengan Bank of Credit and Commerce International (BCCI), yang didakwa membantu Presiden Iraq ketika itu, Saddam Hussein, menyembunyikan hasil keuntungan minyak negaranya serta menyokong urus niaga senjata dengan Iran.

Langkah untuk merobohkan bangunan ini dilihat sebagai usaha untuk mengakhiri sejarah panjang hotel tersebut yang penuh dengan kontroversi.

BACA: Lelaki disangka meninggal dunia rupanya pengsan, tiba-tiba sedar di atas kayu pembakaran