‘Beliau sendiri tak faham, apakah beliau ingin menyesatkan akidah rakyat?’ Mufti Perlis tanya Menteri Agama

Oleh ZULAIKHA ABBAS

“Saya berani katakan, insya-Allah, Menteri Agama yang beriya-iya ingin mensyaratkan akidah rakyat dengan syarat-syarat itu pun kurang faham.

“Saya boleh buktikan, insya-Allah, jika saya diberikan ruang secara terbuka untuk bersoal-jawab dengan beliau

mengenai beberapa soalan tentang Ashairah, Maturidiyyah, al-Junaid dan al-Ghazali.

“Jika beliau benar, buktikan dahulu bahawa beliau faham sebelum memaksa rakyat untuk mengikuti.

“Jika beliau sendiri tidak mampu, apakah beliau ingin menyesatkan akidah rakyat awam yang akhirnya akan menyesatkan diri beliau?” soalnya.

'Beliau sendiri tak faham, apakah beliau ingin menyesatkan akidah rakyat?' Mufti Perlis tanya Menteri Agama

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, telah mengkritik keras Menteri Agama, Mohd Na’im Mokhtar, berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024.

Asri menyatakan bahawa kebanyakan umat Islam tidak memahami ajaran Ashairah dan Maturidiyyah yang ingin dijadikan identiti Ahli Sunnah wal Jamaah. Beliau bahkan mendakwa bahawa Na’im sendiri mungkin tidak memahami perkara tersebut.

Semalam, Muhamad Razak Idris, Setiausaha Politik kepada Na’im, memberi isyarat bahawa beliau sedia untuk menyambut pelawaan Asri bagi membincangkan isu berkaitan RUU yang akan dibacakan kali kedua pada sesi parlimen bulan ini.

Katanya, pejabat menteri dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan input, syor, dan pandangan untuk memartabatkan pentadbiran hal ehwal Islam.

BACA: Sudahlah salah guna minyak masak bersubsidi, kedai makan di Melaka kantoi guna tangkal