Bella Astillah sedih status janda jadi bahan jenaka, akhir dia dedah sesuatu buat ramai terkejut

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sedih masuk senarai untuk dihalalkan yang dibuat oleh segelintir netizen di media sosial, kebelakangan ini.

Selain Bella, ada lima lagi nama selebriti wanita lain yang kini sudah pun berpisah dengan suami masing-masing turut tersenarai.

Meskipun ia dilihat sekadar hiburan, bagaimanapun ibu kepada dua cahaya mata itu terkilan apabila statusnya sebagai janda menjadi bahan usikan segelintir pihak.

“Saya rasa sangat sedih nampak nama di situ. Saya tak rasa gembira pun apabila nampak apa yang dikongsikan itu.

“Tapi inilah yang dinamakan takdir dan itulah hakikatnya (sudah berstatus ibu tunggal).

Bella Astillah sedih status janda jadi bahan jenaka, akhir dia dedah sesuatu buat ramai terkejut

“Inilah senarai selebriti yang sudah bercerai atau kini bergelar janda,” katanya.

Kata pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, tiada insan mahu menempuh kegagalan rumah tangga, sekali gus membuatkannya sedih diperlakukan sedemikian.

“Kalau ditanya bila nampak senarai itu, sudah tentu saya sedih. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan.

“Cuma bila ada ketika ia seolah-olah dijadikan bahan jenaka, rasa sedihlah. Sebab saya percaya tiada siapa yang ingin berkahwin, kemudian kita merancang untuk bercerai,” katanya lagi.

Bella berkata, dia kini mahu pandang ke hadapan dan fokus soal kerjaya serta anak-anak, selain tidak mahu berbicara mengenai perceraian atau gelaran janda.

Sekadar info, Bella Astillah mendirikan rumah tangga dengan selebriti asal Singapura, Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun berakhir pada 13 Jun lalu apabila bercerai talak satu.

Hasil perkongsian hidup itu, Bella dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

BACA: Patutlah anak balik sekolah mesti bau macam telur, doktor ini tampil beri penjelasan mudah faham