“Ini gila, memang gila, bulan hadapan saya baru berusia 17 tahun tapi saya terima kontrak One Championship sebelum saya dapat lesen memandu.
Ini sangat gila kawan, sangat gila,” kata jaguh remaja muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar.
Jojo meraih kontrak lumayan itu selepas berjaya menewaskan lawan dari Russia,
Temirlan Bekmurzaev dalam acara ONE Friday Fight sekali gus mengekalkan rekod bersih dalam empat pertarungan dalam kejohanan itu.
Dengan kecemerlangan ditampilkan atlet kelahiran Kuching, Sarawak, ONE Championship memberikan kontrak bernilai AS$100,000 (RM473,507) kepadanya.
“Sejujurnya ia mengenai masa dan saya sudah bersedia. Dari dulu saya mula, ini impian saya, ini bukan pengakhiran tapi ini permulaan,” kata anak kepada SAC Zulfikar Mohd Ghazali itu.
Namun ia bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu berusaha sehingga berada di tahap sekarang dan segala pengorbanan ternyata sangat berbaloi.
Nama Jojo semakin mekar dan dikenali ramai selepas menampilkan beberapa aksi terbaik termasuk kemenangan ‘KO’ ke atas jaguh Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertarungan Flyweight Muay Thai dalam masa 16 saat sahaja.
BACA: Puas hati bila dah tahu, rupanya macam ini cara jurujual masukkan kereta dalam mall