Seorang wanita menjadi tumpuan pengguna media sosial selepas mendedahkan
Bahawa bakal suaminya membatalkan perkahwinan mereka hanya kerana dia meminta geran rumah.
Rakaman video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @butterfly.rain menunjukkan wanita tersebut mengoyak gambar pertunangan mereka.
“Tergamak awak cakap pada orang lain bahawa perkahwinan kita dibatalkan hanya kerana saya minta geran rumah.
Rumah yang awak bina itu atas nama saya,” kata wanita itu dalam keterangan video berkenaan.
Difahamkan bahawa pasangan itu telah bertunang pada 7 Januari lalu dan merancang untuk berkahwin pada 8 Disember ini.
Video tersebut telah mencatat lebih 2.3 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet.
“Lebih baik batalkan perkahwinan sekarang daripada menyesal di kemudian hari,” komen seorang netizen.
“Tempoh pertunangan dan akad nikah jangan terlalu lama, nanti jadi macam ni,” komen seorang lagi pengguna media sosial.
BACA: Tak sampai seminggu jadi Presiden Amerika, Donald Trump mula tunjuk perangai sebenar