“Belum sempat kunci pintu dia dah tarik!”, Gadis ini kongsi pengalaman hampir diculik dan samun.
Seorang gadis berkongsi pengalaman rakannya bersama teman lelaki hampir disamun dan diculik.
Melalui akaun Twitter beliau bercerita mengenai kejadian yang menimpa kawannya di tempat letak kereta Aeon Mall Shah Alam.
Menurut gadis tersebut, kejadian berkenaan terjadi ketika kawannya itu keluar makan bersama teman lelakinya.
Pada awalnya gadis itu sedar ada kereta Myvi putih bernombor pendaftaran WSH 6131, parking sebelah kereta mereka. Kemudian ada seorang lelaki india berdiri di belakang kereta itu sambil tangannya di masukkan ke dalam poket baju. Dia mula rasa tidak sedap hati dan ternampak lelaki tersebut beri signal kepada kawannya suruh keluar.
Disangkakan lelaki tersebut mungkin mahu jaga kawannya tengah buat ‘projek’. Dibiarkan teman lelakinya masuk ke dalam kereta dahulu, kerana baginya tiada apa yang berlaku. Belum sempat pintu dikunci, lelaki asing tersebut terus membuka pintu dan menarik kepala gadis itu sebelum dihentakkan di ‘handbrake’ supaya pengsan.
Disebabkan gadis itu menjerit dia kemudian ditumbuk pula di bahagian telinga berkali-kali. Lelaki tersebut cuba untuk memukau gadis itu.
Namun teman lelakinya yang turut diserang berjaya meloloskan diri.
Berlaku pergelutan. Nasib mereka baik apabila seorang lelaki ternampak kejadian tersebut dan terus menjerit ke arah penjenayah terbabit sebelum mereka melarikan diri.
Menurut polis, kumpulan lelaki itu bukan saja mahu mencuri kereta, malah turut mahu menculik mereka mungkin untuk dijadikan tebusan.
kes sebegini bukanlah yang pertama kali terjadi malah, sudah beberapa kali. Semoga pihak berkenaan dapat membuat kawalan yang lebih ketat dan setiap tempat meletak kereta haruslah mempunyai pengawal keselamatan yang lebih ramai agar perkara sebegini tidak berulang lagi
BACA: