‘Bencana’ ini boleh dielakkan jika siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku – Rafizi

‘Bencana’ ini boleh dielakkan jika siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku – Rafizi

Gambaran paling tepat nasib rakyat biasa sekarang ialah #kalahkalah.

Minggu depan mungkin diumumkan PKP (lockdown) sekali lagi.

Saya pasrah dan saya faham, tapi bagi jutaan rakyat spt saya yg ada tanggungan dll; lockdown ada harga yg besar.

Jangkitan COVID semakin di luar kawalan.

Saya faham tidak ada cara lain utk hadapi keadaan ini kecuali dengan lockdown.

Saya ingat semua akan pandai2 sendiri bila ada lockdown sekali lagi, dah faham sangat #kitajagakita.

Tapi bencana ini sepatutnya boleh dielakkan.

Kalau siri curi mencuri kerajaan tidak berlaku sejak Februari, PRN Sabah September lalu mungkin tidak berlaku.

Tanpa PRN Sabah, gelombang ketiga COVID tidak berlaku.

Saya pasrah ini ujian dan hanya dengan lockdown ia dapat ditangani.

Tapi giler bengang sebab tak ada seorang pun yang tampil bertanggungjawab.

Memang la ajal tu di tangan Tuhan, tapi gelombang ketiga yg berpunca dr gelojohnya politikus mencetus gelombang kematian yg baru.

Politikus terus curi mencuri kerajaan, yang mati orang biasa (dan juga tikus-tikus).

Buat PKP, PKPB – yang kena saman, denda, penjara -> orang biasa.

Menteri lebai berkopiah langgar & membahayakan nyawa orang -> cukup dia bg dalil dpt kompaun.

Giler bengang.

Pada masa yg sama, ekonomi belum sempat pulih dr PKP pertama.

Yg hilang kerja punyalah banyak.

Yg muda tak dapat kerja makin banyak.

Menteri dan politikus seorang pun tak hilang kerja.

Gagal tangani nak jump start ekonomi, sekrg nak masuk PKP kedua.

Masa PKP pertama; umum segala jenis bantuan.

Bagi bisnes milik persendirian yg pakai modal sendiri mcm saya, satu bantuan dana pun tak dpt. Mohon saja dpt jawapan -> “dana dah habis”

Subsidi upah pun awal2 je dapat, lepas tu duit habis.

Bila ada PKP, sentimen ekonomi merudum. Bisnes takut. Duit makin kurang.

Tapi kami tetap kena bayar gaji.

Saya ada 110 kakitangan, jumlah gaji yg perlu dibayar RM500,000+ sebulan.

Dgn sentimen ekonomi merudum, walaupun dah biasa new normal, bisnes pun merudum.

Itu nasib orang biasa macam kita #kalahkalah

Sekarang juak2 di bawah masih jerit perpaduan Melayu, masih main sentimen perkauman.

Yang untung besar bos2 politikus mereka di atas, yang bodoh dan tak dapat apa2 mereka di bawah.

Bila PKP dibuat sekali lagi, mereka yg terkesan.

Anak mereka susah dapat kerja.

Harga barang tidak terkawal. Kalau ada kerja, kerja terancam. Kalau bisnes, bisnes merudum.

Tapi asal Melayu Isle tak pe, walaupun jenis Melayu Isle tu nak kuasa tapi tak ada idea atau kepakaran nak selesai masalah.

Jadi pandai2 la jaga diri.

Masalah orang kelas pertengahan mcm saya lebih kpd nak pastikan pekerja tak hilang kerja dll, paling kurang tak de masalah soal makan, belanja bulanan dll.

Tp yg org kebanyakan, pandai2 lah jaga diri sebab bab ni kita #kalahkalah

Tp memang layak pun kita #kalahkalah sebab kalau di negara lain, kalau gelombang kedua dan ketiga dicetuskan oleh tindakan curi mencuri kerajaan oleh politikus, DAH LUNYAI politikus2 tu kena dengan rakyat.

Kat Malaysia tak pe, asal Melayu Isle.

Melayu Isle #kalahkalah pun takpe.

Jadi sama2 tarik nafas yang panjang.

Saya pasrah dan redha melalui PKP sekali lagi.

Sekali lagi berdepan dengan risiko gulung tikar (bayar gaji RM500k sebulan, bisnes makin lembap).

Saya pasrah yg org Malaysia ni jenis tak kisah dan suka dibuli, asal yg buli tu kaum dia ha3.

Pandai2 la korang #kitajagakita walau confirm #kalahkalah

Jangan tambah 10kg masa PKP2.0 sudah, memang super #kalahkalah

Sumber :

COMMENTS