Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai
Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) pada Rabu, seperti yang dilaporkan oleh portal Harakahdaily.
Ahmad Samsuri memaklumkan peletakan jawatannya dalam satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.
Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan,
“Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya,
Ahmad Samsuri bin Mokhtar, telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum.”
Tindakan ini mengejutkan banyak pihak, memandangkan beliau merupakan tokoh utama dalam Pas dan salah satu pemimpin penting dalam PN.
Walau bagaimanapun, punca peletakan jawatan ini masih belum didedahkan secara rasmi oleh Ahmad Samsuri ataupun pihak pengurusan PN. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PN berhubung perkara tersebut.
BACA: