Biasanya apabila kita menjemput seseorang untuk menghadiri sesuatu majlis, kita sentiasa mengharapkan kedatangan mereka.
Tetapi jika mereka tidak hadir, selalunya kita akan memberikan faedah kepada mereka dan merasakan mungkin ada sesuatu halangan atau alasan yang tidak dapat dielakkan.
Pasangan pengantin baru dari Amerika Syarikat berasa marah dan kecewa apabila tetamu yang telah dijemput
untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka di Royalton Negril Resort & Spa di Jamaica tidak hadir.
Menyusul kekecewaan itu, mereka memutuskan untuk menghantar invois kepada tetamu yang tidak hadir, menuntut mereka membayar ganti rugi sebanyak AS$240 (RM1,000).
Menerusi gambar invois yang disiarkan, tetamu yang tidak hadir diberi tempoh sebulan untuk membayar RM1,000 mulai daripada 18 Ogos yang lalu.
Pasangan pengantin, Doug Simmons, 44, dan Deidra McGee, 43, mengambil langkah berani ini kerana mereka telah menanggung kos sekitar RM500 (AS$120) bagi setiap tetamu yang dijemput dan akhirnya merasa kecewa apabila mereka tidak hadir.
Menurut Doug, tindakan ini bukan semata-mata tentang wang, tetapi tentang menghormati mereka sebagai tuan rumah apabila tetamu yang dijemput tidak menghormati undangan tanpa memberikan sebarang alasan.
Doug Simmons, seorang peniaga dari Chi-Town, mengakui bahawa mereka mengeluarkan invois tersebut berserta kenyataan dan tanda pagar #pettypost, “Invois ini diberikan kerana anda telah mengesahkan kehadiran anda semasa pengiraan akhir tetamu.”
Dalam notis tersebut, mereka juga menyatakan, “Kerana anda tidak memberi sebarang notis atau alasan ketidakhadiran, ini dianggap sebagai hutang yang perlu anda jelaskan selepas kami membuat tempahan untuk tempat duduk anda. Pembayaran boleh dibuat melalui Zelle atau PayPal.”
Doug menambah, mereka hanya menjemput kira-kira 100 tetamu untuk majlis tersebut dan telah bertanya sebanyak 4 kali sama ada mereka dapat hadir, dan setiap kali jawapan dari tetamu tersebut adalah ya, mereka akan hadir.
Mereka juga perlu membayar terlebih dahulu untuk tempahan di Jamaica.
“Malangnya, tidak ada seorang pun memberitahu saya atau menghantar pesanan mengatakan mereka tidak dapat hadir – itulah yang saya minta,” jelas Doug.
Dia juga menyatakan bahawa jika ada tetamu yang memberitahu mereka terlebih dahulu tentang ketidakhadiran mereka, dia akan memahaminya, tetapi akhirnya tidak ada seorang pun yang memberitahu mereka.