Benjamin Mora kini jurulatih Atlas FC, bukan lagi JDT

Benjamin Mora kini jurulatih Atlas FC bukan lagi JDT

Benjamin Mora kini jurulatih Atlas FC, bukan lagi JDT. Selepas lebih dua bulan berpisah dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora kini kembali ke lapangan kejurulatihan bersama sebuah kelab bola sepak di negara kelahirannya.

Menerusi satu makluman kelab yang beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Mexico, Liga MX, jurulatih berusia 43 tahun tersebut diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Atlas FC, pada hari ini.

Kehadiran Mora adalah bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh pengendali terdahulu, Diego Cocca yang meninggalkan Atlas FC beberapa hari lalu.

Untuk makluman semua, Cocca telah berkhidmat bersama Atlas sejak tahun 2020. Sebelum berpisah dengan Atlas FC, pengendali kelahiran Argentina ini telah membimbing mereka menjuarai saingan Liga MX Apertura 2021 dan Liga MX Clausura 2022.

Kejayaan menjulang trofi bagi saingan liga utama itu adalah yang pertama selepas kali terakhir kelab ini menjuarainya pada musim 1950-51.

Benjamin Mora kini jurulatih Atlas FC bukan lagi JDT

Namun begitu, saingan Liga MX Apertura 2022 menyaksikan Atlas FC serba tidak menjadi. Kini mereka berada di tangga kedua tercorot. Situasi ini menjadikan Cocca hilang jawatannya sebagai ketua jurulatih bersama skuad berjulukan The Foxes ini.

Sudah pasti, ini menjadi cabaran pertama perlu diatasi oleh Mora iaitu membawa Atlas FC ke kedudukan yang lebih baik dalam saingan Liga MX Apertura 2022.

Sebagai rekod, penghujung Julai lalu, JDT mengumumkan perpisahan dengan Mora menerusi pelbagai platform media sosialnya. Dimaklumkan, Mora meminta untuk pulang ke negara asalnya ekoran urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Mora merupakan ketua jurulatih yang paling berjaya dalam sejarah JDT. Dia telah membimbing skuad Harimau Selatan meraih empat gelaran Liga Super, empat trofi Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia serta mara ke peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) buat kali pertama.

BACA:

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

“Takpe kot ludah atas pentas, janji tak pukul isteri”, netizen perli Awie semula

MYAirline kini beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah

CATEGORIES