Seorang pelajar kejuruteraan berusia 25 tahun ditahan kerana didakwa membunuh ibu bapanya selepas mengalami tekanan akibat permintaan mereka supaya dia menukar bidang pengajian.
Kejadian tragik ini berlaku pada 26 Disember lalu di Nagpur, India, namun hanya disedari pada Rabu apabila mayat kedua-dua mangsa ditemukan di kediaman mereka, lapor Indiatoday.
Menurut pihak polis, hasil siasatan mendapati bahawa desakan ibu bapa suspek yang ingin anak mereka menukar kolej akibat beberapa kegagalan dalam peperiksaan
Mereka telah memberi tekanan yang amat besar kepadanya. Tekanan tersebut dikatakan menjadi pemangkin kepada tindakan drastik suspek.
“Oleh itu, ibu bapanya mahu dia berhenti dalam bidang kejuruteraan dan memilih sesuatu yang lain. Bagaimanapun, suspek menentang cadangan mereka,” ujar Timbalan Pesuruhjaya Polis (Zon 5) Niketan Kadam.
Tambahnya, suspek bertindak mencekik ibunya dan kemudian menikam bapanya.
Suspek telah mengarahkan adiknya yang tidak tahu apa-apa untuk pergi ke rumah saudara mereka, dengan memberi alasan bahawa ibu bapa mereka sedang mengikuti kursus yang memerlukan mereka berada di luar selama beberapa hari.
Namun, kejadian tersebut akhirnya terbongkar apabila pihak polis menerima laporan mengenai bau busuk yang berasal dari rumah mangsa. Setelah melakukan siasatan di tempat kejadian, polis menemui mayat kedua-dua mangsa.
Suspek kini telah ditahan dan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lebih lanjut untuk memahami sepenuhnya latar belakang dan sebab di sebalik tindakan kejam tersebut.
BACA:Â Bapa mertua shuib sebak imbau kenangan latih Siti Sarah, dulu latih anak kini latih cucu menyanyi